Saturday, August 28, 2010

.:Asing Adat & Hukum Hakam, Umat Islam Perlu Teliti Tamadun Islam



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta umat Islam mengasingkan adat dan hukum hakam agama dalam menilai perbuatan seseorang baik sesama Islam mahupun bukan Islam.

Bagi beliau, kegagalan berbuat demikian hanya akan menjejaskan kemurniaan Islam di mata masyarakat bukan Islam yang seharusnya diajak mendekati agama samawi ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga meminta umat Islam tidak terikat dengan elemen tradisi sebaliknya berpandukan sumber ketamadunan Islam sejak zaman Rasulullah.

"Ini masalah di negara kita yang kadangkala tidak dapat membezakan antara kebiasaan dengan adat dan hukum agama. Adat dan agama ini pula dipengaruhi kepentingan politik.

"Kita tahu selama ini Umno sentiasa menegaskan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Bagi saya, mereka mahu menjauhkan orang yang bukan melayu dan bukan islam daripada Islam," katanya.

Semua ini hanya mencipta pelbagai stigma dan pantang larang yang tidak penah termaktub dalam al-Quran.

Sebaliknya Umno secara halus memperalatkan agama untuk mengembalikan sokongan bukan melayu tanpa mempedulikan perkembangan dakwah agama.

"Inilah sebabnya mengapa mereka sejak kebelakangan ini cuba menunjukkan betapa tidak mesranya Islam kepada orang bukan Islam sehingga mengeluarkan fatwa, kononnya tidak boleh berdoa untuk orang bukan Islam.

"Sekali lagi dengan kes yang melibatkan Teo Nie Ching ini, politik Umno bertujuan hendak kekalkan politik Islam dengan politik Melayu sebagai perkara yang sama," katanya.

TVSel

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak