Wednesday, August 25, 2010

ROGOL DAN LIWAT PELAJAR

KOTA KINABALU – Seorang bekas guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini atas lima pertuduhan iaitu merogol dan meliwat seorang pelajar perempuan warga Singapura berusia 11 tahun di sebuah sekolah rendah swasta di sini.

Adrian Simon, 31, yang diwakili peguam Hairul V. Othman, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Hakim Caroline Bee Majanil membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes.

Adrian didakwa merogol bekas pelajar itu sebanyak tiga kali dalam makmal sains di sekolah berkenaan antara 10 Februari dan 7 April lepas, mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.

Dia juga didakwa memaksa pelajar perempuan itu melakukan seks oral terhadapnya antara 10 Februari dan 20 Februari lepas, serta meliwat mangsa antara bulan Februari dan April, di tempat sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan. – Bernama

Bujang susah

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak