KUALA TERENGGANU: “Tergamam saya melihat mayat budak itu (Khairul Arif Ayub, 6,) tanpa otak tersangkut di atas pokok tinggi manakala dua remaja berusia awal 20-an parah di kaki dan muka dipercayai akibat letupan berkenaan,” kata Nor Syafri Azhar, 36.
ROSAK...anggota polis melihat rangka motosikal yang remuk terkena letupan, semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, dia berehat bersama keluarga sebelum dikejutkan dentuman kuat tidak jauh dari rumahnya menyebabkan tingkap serta siling rumahnya pecah.
“Saya terus bergegas ke tempat kejadian dan melihat kepulan asap dari rumah tinggal itu manakala bahagian hadapan rumah terbabit termasuk sebuah motosikal hancur.
“Sebaik sampai di tempat kejadian, saya terkejut melihat dua remaja terbaring kesakitan dengan kaki mereka cedera teruk selain cedera di muka,” katanya.
Nor Syafri berkata, seorang daripada mangsa itu memintanya mencari seorang kanak-kanak (Khairul Arif) yang ada bersama mereka, lalu dia segera menggeledah timbunan runtuhan berkenaan, tetapi gagal menemui budak terbabit
“Bagaimanapun, ketika mendongak ke pokok, saya terkedu melihat jasad kanak-kanak yang tidak bernyawa tanpa otak itu melekat pada dahan pokok berkenaan.
“Saya tidak sanggup melihat mayat kanak-kanak itu dan memanggil penduduk kampung untuk menurunkannya sebelum semua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” kata
Sementara itu seorang lagi saksi, Wan Mayuni Wan Daud, 34, dari Kampung Kubang Buyong di sini, berkata, dia mendengar letupan kuat disusuli gegaran ketika berniaga di Pasar Cabang Tiga, kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.
“Mengesyaki sesuatu buruk berlaku, saya ke tempat kejadian dan melihat orang ramai mengerumuni kawasan berkenaan sebelum melihat ketiga-tiga mangsa diangkat untuk dibawa ke HSNZ.
“Ketiga-tiga mangsa itu saya kenali. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika melihat mereka, bayangkan kanak-kanak terkulai dengan kepalanya terlopong.
“Itu kali pertama saya mendengar letupan amat kuat sehingga menggegarkan pasar. Bagaimanapun saya tidak pasti punca letupan itu,” katanya.
Sementara itu, menurut ibu saudara kanak-kanak berkenaan, Rozita Abd Rahman, 35, ibu Khairul Arif memberitahunya sebelum kejadian, kanak-kanak itu bersama suaminya, Ayub Abd Rahman, 28, menghantar kenalan mereka ke mahkamah.
“Sepatutnya Khairul Arif ke tabika hari ini (semalam), tetapi kerana demam sejak seminggu lalu, dia tidak dapat ke tadika.
“Saya tidak pasti bagaimana dia boleh ke sana (tempat kejadian). Bagaimanapun, dia seorang yang cepat mesra tambahan pula dia anak tunggal menyebabkan dia mudah mengikut kenalan bapanya.
“Beberapa hari sebelum kejadian, dia pernah memberitahu mahu ke suatu tempat yang jauh dan apabila di tanya ke mana, dia berkata ingin ke tempat atuknya (kubur) yang meninggal awal Ramadan lalu,” katanya.
2 comments:
Rumah yang meletop tu merupakan stor simpanan mercun milik kanak-kanak tersebut manakala 2 orang pemuda yang cedera parah itu ialah pekerja bapa kanak-kanak tersebut yang setiap petang akan menjual mercun di bazar ramadhan di pasar cabang tiga kuala terengganu. Ini berdasarkan cerita penduduk sekitar.
Sekarang ni bapa kanak-kanak tersebut yang bernama Ayub sedang melarikan diri dari buruan polis.
Kawasan sekitar sudah tidak lagi bingit dengan dentuman mercun tak kira masa seperti sebelumnya yang tak ubah seperti zon perang semenjak bermulanya Ramadhan.
Rumah yang meletop tu merupakan stor simpanan mercun milik kanak-kanak tersebut manakala 2 orang pemuda yang cedera parah itu ialah pekerja bapa kanak-kanak tersebut yang setiap petang akan menjual mercun di bazar ramadhan di pasar cabang tiga kuala terengganu. Ini berdasarkan cerita penduduk sekitar.
Sekarang ni bapa kanak-kanak tersebut yang bernama Ayub sedang melarikan diri dari buruan polis.
Kawasan sekitar sudah tidak lagi bingit dengan dentuman mercun tak kira masa seperti sebelumnya yang tak ubah seperti zon perang semenjak bermulanya Ramadhan.
Post a Comment