Wednesday, April 14, 2010

Selamat Pengantin Baru kepada ADUN Bagan Pinang



Isa nikah Bibi Sharliza petang ini

SEREMBAN 13 April – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang menduda sejak 2005, akan bernikah dengan bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid petang esok.

Upacara pernikahan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi itu akan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Gentam, Kuala Pilah pukul 3 petang.

Mohd. Isa yang juga ADUN Bagan Pinang dan Ketua Penerangan UMNO negeri ketika dihubungi malam ini, mengesahkan mengenai pernikahan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

“Tak perlulah diperbesar-besarkan. Saya perlu jaga hati ahli keluarga saya, anak-anak saya dan juga keluarga perempuan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada masa sama, keluarga Bibi Sharliza juga tidak dapat dihubungi untuk memberi kenyataan.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas bersama ketua-ketua sayap cawangan UMNO Bahagian Teluk Kemang di Dewan Bagan Pinang di sini, Mohd. Isa berkata:

“Kalau saya kahwin saya akan jemput semua. Saya akan beritahu anda apabila tiba masanya nanti.”

Mohd. Isa, 60, dilahirkan pada 14 November 1949 di Sungai Udang, Melaka dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Puan Sri Hazizah Tumin yang meninggal dunia pada 7 Disember 2005 akibat penyakit kanser.

Beliau memulakan karier politik pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi DUN Linggi sebelum dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sehinggalah pilihan raya pada 1982.

Di peringkat akar umbi, beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang sejak 1978 sehinggalah sekarang.

Pada 11 Oktober tahun lalu, Mohd. Isa memenangi kerusi DUN Bagan Pinang selepas menewaskan calon Pas, Zukefly Mohamad Omar pada pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Sementara itu, Bibi Sharliza yang merupakan ibu tunggal dilahirkan pada 20 November 1970 dan memulakan karier politik sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri dan Ketua Penerangan Puteri UMNO dari tahun 2000 hingga 2003.

Krtedit kpd kedahlanie.blogspot.com/


1 comment:

Unknown said...

ooo.. isa samad ke ,ingatkan ISA blogger tu hehe..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak