Saturday, February 6, 2010

SOLAT HAJAT RAKYAT


Tak apa mimpi Zamry kudeta menjemput ( baca mengarahkan) semua imam ke majlis solat hajat rakyat di kediaman Menteri Besar Perak. Solat hajat di kediaman Menteri Besar adalah amalan tinggalan DS Nizar sebagai menteri besar. Dewan yang dulunya dijadikan dewan badminton oleh Raja Norasyikin oleh bini Ramly dan terus kekal sebagi dewan di zaman Tajol Rosli. DS Nizar telah membudayakan dewan tersebut sebagai tempat ceramah agama dan solat. Bilik untuk dewan makan juga diubahsuai menjadi surau.

Apa hajat Zamry untuk solat hajat yang dinamakan solat hajat rakyat tidaklah di war warkan. Kebetulan sewaktu memandu hampir maghrib tadi radio Perak FM menjemput seluruh rakyat Perak ke solat hajat rakyat ini. Tidak pula disebut apa hajatnya... apa yang pasti, ia menjelang 9 Februari.

Bukan juga perkara baru Zamry melaksanakan program solat hajat sejak merampas kerusi dan rumah tersebut dari DS Nizar. Beberapa kali budak Izzuddin dan Taayah diarahkan ke majlis tersebut bagi meramaikan. Saya yakin kali ini pun akan dikerah bebudak yang nak ngaji agama untuk memenuhkan solat hajat ini.

Nampaknya budaya peperangan Badar kembali berulang. Ketika Rasulullah bermohon kepada Allah hingga jatuh kain rida nya, Abu Jahal juga mengadu kepada tuhan yang sama. Cumanya Abu Jahal mengadu dalam syirik dan kezalimannya....

Tidakkah merampas kerajaan itu satu kezaliman??? Mungkin mufti Perak punya jawapan sebaliknya... entahlahhhh

ANAK SENGAT

1 comment:

Unknown said...

Salam. Semua orang berhak untuk memohon hajat kepada Allah dan terpulang kepada kebijaksanaan-Nya memperkenankan hajat (doa itu). Doa adalah satu cabang ibadat dan kita memperoleh pahala dengan melakukannya. Jika Allah belum mahu memperkenankan doa kita, jangan kecewa dan jangan pertikai Keputusan itu. Jika Allah memperkenankan doa si penderhaka, jangan pula menganggap Allah menyebelahi mereka. Ingatlah, Allah Maha Bijaksana...

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak