Friday, December 11, 2009

RM 30 SEHARI UNTUK (PATI) BERAPA PULA UNTUK (SAR)?



KERAJAAN terpaksa membelanjakan RM30 sehari bagi seorang tahanan pendatang asing tanpa izin, meliputi kos pengurusan harian, tidak termasuk kos perubatan, Dewan Rakyat, diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata kos bagi urusan pengusiran pendatang ke negara asal iaitu udara, laut dan darat juga adalah bawah tanggungjawab kerajaan.(sini)


Dato Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya di Wilayah Narathiwat Selatan Thailand semalam mengumumkan kerajaan 1Malaysia akan memberi biasiswa kepada guru dan pelajar di wilayah berkenan untuk mengikuti pengajian di isititusi pendidikan di Malaysia.


Di Negara kita sekarang umum mengatahui bahawa Sekolah Agama Rakyat tidak lagi diberi bantuan berkapita oleh kerajaan Pusat. Yang paling menyedihkan pelajar-pelajar (SAR) dikehendaki membayar wang peperiksaan untuk mengambil PMR dan SPM.


Namun itu tidak melemah dan mematahkan semangat kepada ibu bapa bagi menghantar anak mereka bagi mempelajari ilmu agama, walaupun tekanan demi tekanan dikenakan.


Jika perbelanjaan tahanan pendatang tanpa izin mencecah RM30 sehari bagi seorang dan mengumumkan akan memberi bantuan biasiswa kepada guru dan pelajar Wilayah Narathiwat Selatan Thailan, mengapa tidak diberi sedikit bantuan kepada (SAR)


Baru-baru ini kerajaan Perak telah menarik balik bantuan untuk SAR Pengkalan Gate (Baca disini)

1Malaysia yang kononnya rakyat didahulukan umpama kera di hutan disusu dan dimanjakan, anak di rumah merempat dan kebuluran.



6 comments:

mAlonG Sufina said...

Assalam'alaikum Ayid,

Kenapa SAR dianak tirikan ?
sebabnya ada alam Surah Az Zumar Ayat 45 : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim,

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

"Dan apabila hanya nama Allah saja disebut, bencilah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati."

ShodaqALLAHul'Azim

mAlonG Sufina said...

sebab di SAR nama Allah lebih banyak disebut berbanding sekolah kebangsaan ala sekular

WAllahua'alam

Mohamadazhan.com said...

salam sahabat..

kezaliman menarik balik wang perkapita SAR merupakan antara kemuncak kezaliman UMNO kpd pendidikan Islam di Malaysia. Ketika itu ana masih di tingkatan dua, terasa bahang kejahatan yang dilakukan.

mungkin mereka merasakan menyara banduan lebih baik dari melahirkan generasi soleh di masa akan datang.

Bala Allah kpd kerajaan yang zalim kpd golongan agamawan...balasan Allah pasti menanti org yang zalim.

semoga Allah memberi kekuatan hati kpd guru2 dan pelajar2 SAR.amin..

azman kamarul said...

Penafian bantuan kepada SAR merupakan intipati kepada kebencian terhadap Islam dan perkembangannya.Begitu juga penarikan semula bantuan SAR..

Allah Maha Melihat dan Maha Berkuasa atas sesuatu.

Tadahlah tangan ke langit mohon pertolonganNya...bukan UMNO dan pemimpinnya.

Briged Akhdor LR2 said...

sekian lama sejak che det dulu menarik bantuan pada sekolah sar ..sar menjadi semakin tertekan ..dikala remaja kini yang teruk dilanda keruntuhan akhlak dan akibat kejahilan yg tidak berpenghujung ..golongan ini dibiarkan jahil spy dpt menyokong umno ..mari kita teruskan perjuangkan semoga sar terbela.tp dengan umno tak mugkin ..

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,ramai mujahid lahir dari SAR maka UMNO/BN sama sekali tidak mahu melahirkan para pejuang mereka mahu melahirkan perosak agama....

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak