Thursday, December 10, 2009

Royalti: Nik Aziz sedia jumpa pusat di mahkamah

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Dis 9 — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan kesediaannya menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar Kelantan mengemukakan isu tuntutan royalti minyak di mahkamah.

“Sebenarnya Kelantan sudah lama bercadang untuk bawa isu ini ke mahkamah. Tapi ikut adat perkiraan... kita cuba dulu melalui perundingan. Kalau mereka pun memang nak begitu kita tak ada masalah.

“Bukan dia (Nazri) saja nak, kita pun nak,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya siang tadi.

Semalam Nazri mencadangkan kerajaan Kelantan mengemukakan tuntutan isu berkaitan di mahkamah daripada terus melanjutkan usaha retoriknya berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Pusat.

Ayid>> Kalau doa tu bukan-bukan atau retoriknya aje mengapa kecoh sangat nak takut dengan doa Tok Guru.

Baca lagi sidini


2 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam ayid, allahamdulillah, penambahan yang bermakna sekali.

ana ada bbrpa kekeliruan ttg bbrapa artikel yg mngatakan Pas ni salah sbb bjuang dalam plhanraya berbntuk demokrasi, apa pndangan ayid?

jebat_berani said...

PERJUANGAN MENDAPATKAN WANG ROYALTI INI BUKAN HANYA PERJUANGAN RAKYAT KELANTAN..

KERAJAAN 1MALAYSIA HARUS DITEKAN AGAR MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT DAN TIDAK BERTINDAK SESUKA HATI MERKA SAMAADA MAHU MEMBERINYA ATAU TIDAK..

TINDAKAN MEMBAWA KES INI KE MAHKAMAH DILIHAT PERLU NAMUN APA YANG DIKUARTIRI ADALAH KEUPAYAAN KITA MEMENANGINYA NANTI..

BUKANLAH HAMBA MERAGUI AKAN KEUPAYAN PARA PEGUAM KITA ATAU KEBENARAN FAKTA YANG ADA.CUMA APA YANG HAMBA RISAUKAN ADALAH KETELUSAN PIHAK MAHKAMAH MENGENDALIKAN KES INI.

BUKANLAH KITA TIDAK PERNAH MENANG DI MAHKAMAH,NAMUN AKHIR-AKHIR INI TINDAKAN MAHKAMAH RAYUAN YANG SERING KALI MEMENANGKAN UM-NO/BE-END MERISAUKAN HAMBA.

KALAU PUN KITA BERUPAYA MENANG DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN,IANYA PANTAS DINAFIKAN PULA AKHIRNYA OLEH MAHKAMAH RAYUAN...

KERANA ITULAH TGNA MENGUNAKAN KAEDAH BERDOA YANG SANGAT DITAKUTI OLEH UM-NO/BEN-END.BERMULA DENGAN DOA RAKYAT KELANTAN MEMOHON KEMENANGAN PADA PRU-12 YG AKHIRNYA MENYEBABKAN UM-NO/BEN-END TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI..

DAN KALI INI TGNA MENGULANGINYA SEKALI LAGI DALAM KES ROYALTI.DOA INI DISAMBUT OLEH SEKALIAN RAKYAT YANG MENYOKONG TGNA..DAN UM-NO/BE-END MULA MENGELUPUR UMPAMA CACING KEPANASAN..

SEMOGA PERJUANGAN MENDAPATKAN ROYALTI MINYAK INI MEMDAPAT PERTOLONGAN DARI ALLAH S.W.T..AMIN

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak