SUNGAI PETANI, 7 Dis (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO akan menganjurkan kursus penulisan blog untuk semua anggota dan pemimpinnya di semua peringkat bagi memudahkan mereka menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.
ayid>// Puteri UMNO baru nak belajar buat blog nak jadi blogger, kesihan-kesihan Muslimat PAS dah tingkatan lima , dia baru nak masuk TAHUN 1.
Naib Ketuanya Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anggota pergerakan itu perlu memahirkan diri dalam bidang penulisan blog kerana laman dalam talian internet itu kini menjadi ruang kepada pembangkang untuk membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap UMNO. "Sebagai persiapan pilihan raya umum akan datang, anggota Puteri UMNO akan dilengkapkan dengan ilmu penulisan berita dan blog bagi menangkis semua fitnah oleh pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 130 anggota Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani mengikuti bengkel sehari penulisan berita dan blog di sini Isnin.
Katanya, pergerakan puteri UMNO di peringkat bahagian juga digalakkan mempunyai laman blog masing-masing bagi menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai UMNO kepada rakyat di kawasan masing-masing,
Kursus penulisan berita dan blog itu dianjur bersama pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani dan Pertubuhan Kebangsaan Wartawan Dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) cawangan negeri Kedah.
-- BERNAMA
5 comments:
Salam ayid,
Muslimat pas bukan Tahun 5 ,dah buat master dah pun.Puteri umno bukan tahun ! baru Tadika hehee..
Harapkan Garpu kari je.
Lepas ni suka la si garpukari tu mesti ramai awek2 puteri umno nak belajar ilmu bloger ngan dia.hahaha
Salam Ijoks,
Tahun 5 bukan tingkat lima, dah nak konvo dah?. Parpukarai ketawa ye banyak awek, Mungkin Tekon akan bagi pinjaman untuk beli note book. Deme ini pasal hutang mahu aje ijoks
klu parpukari jadi sifunyer dah sah makin bijak ler puteri2 idaman umno nak menjaja fitnah..jgn nnti tak lyn suami (JIKA ADE) sudah ..ntah brp habuan nyer plak umngok bagii..tp x sbr nk tgk sejauh mn program budak br blajar nie..kene dgn penulisan master ijoks ,ayid ,naim ,jebat berani ,bujang susah.....mau tungging buyong deme ..
Bila ini terjadi kita semua kena berpegang kepada Firman ALLAH S.W.T:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Kita semua sedia maklum cara blogger UMNO membuat fitnah&tomahan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat secara 'Baling Batu Sembunyi Tangan' apabila disuruh beri bukti mereka senyap......
bagus juga mereka buat blog nnt, lebih byk kebobrokan yg akan teserlah...
Post a Comment