Wednesday, December 9, 2009

Mahathir dan Nazri - dua kali lima



Kuda Ranggi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Abdul Aziz menuduh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang bersikap perkauman kerana mempertahankan Biro Tata Negara atau BTN.

Menjawab tuduhan itu, Tun Mahathir secara terang-terangan menuduh Nazri juga seorang yang bersikap perkauman kerana menganggotai sebuah parti politik perkauman, iaitu UMNO. Mahathir cabar Nazri supaya letak jawatan.

Jawab pula Nazri, dia menyertai parti perkauman yang sudahpun wujud kerana ingin berkhidmat dengan kerajaan dan dia tidak terlibat dalam penubuhan parti perkauman itu tetapi Mahathir bertanggungjawab membentuk dasar parti perkauman itu.

Yang pasti dan benar, kedua-dua mereka akhirnya bercakap benar, kedua-dua mereka adalah sebahagian dan sama-sama menyumbang kepada sistem perkauman yang wujud di negara ini.

Benar, UMNO adalah parti politik perkauman, begitu juga dengan hampir semua parti politik di negara ini - perkauman adalah kekuatan bagi mereka. MCA, MIC, DAP, LDP, PPP, IPF , PAS , Gerakan dan parti-parti kecil-kecilan yang lain berpaksikan kaum. Itulah kenyataan, itulah hakikat politik Malaysia.

Begitu juga dengan BTN dan beberapa lagi agensi pemerintah yang tidak boleh dinafikan bersikap perkauman. Semuanya itu kerana wujud politik perkauman. Perkauman adalah sesuatu yang bukan asing di Malaysia. Perkauman adalah satu kekuatan.

Jadi, pertengkaran antara Nazri dan Mahathir, bukan sesuatu yang baru dan tidak asing kepada rakyat, tidak memeranjatkan. Kedua-dua mereka adalah hasil sistem perkauman. Kedua-dua mereka betul apabila menuduh satu sama lain sebagai perkauman. Elok sangat, dedahkan pekung di dada masing-masing untuk terus menjadi bahan ketawa oleh orang lain.

Ayid>>: Bila Raja Lawak menunggang kuda tua inilah akibatnya. Kuda tak boleh lari laju Raja lawak nak cepat sampai?


(Sumber)

5 comments:

Na'im Nikmat said...

Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan......

ibnu sidek said...

Salam Sheik, Ada beberapa pembetulan dimana parti Pas dan juga DAP bulahlah parti perkauman, kerana PAS boleh disertai oleh orang bukan melayu tetapi mesti islam, seperti Idham Lim seorang cina tapi islam, dan DAP adalah dianggotai oleh semua kaum termasuk melayu.... maaf komen cikit. tapi apa pun umno, mic dan mca adalah parti perkauman dan ini namnpak jelas Bn dah nak hancur... sepertimana yang dikatakan oleh Na'im Nikmat biarkan siluncai terjun dengan labunya....biarkan..

anakmuaallaf said...

Salam Ayid,
Tok Guru doakan pecah perut tapi Allah uji mereka dengan pecah mulut..Berbalah sesama mereka.Tuduh menuduh sesama mereka.Keji mengeji sesama mereka.

Kenapa Muhyidin Yasin diam dalam hal ini?

Hanya orang-orang yang menilai dan merenung dan mengakui kebesaran Allah sahaja yang nampak akan hikmah disebalik detiap ciptaan Allah..

Mohamadazhan.com said...

dua2 sama saja..elok sgt la tu...
perjuangan yg tiada dasar yg relevan

jebat_berani said...

inilah umno....dari dulu sampai sekarang tetap begini..sesuailah dengan slogan mereka dulu kini dan selamanya..

oleh itu mahu tidak mahu umno tidak boleh diubati lagi...mereka harus dilenyapkan dari muka bumi ini agar tiada lagi perosak kepada perjuangan islam dan perjuangan membela hak rakyat

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak