Tuesday, October 27, 2009

Terkini - 19 murid terselamat, dua masih hilang


KAMPAR 27 Okt. – Seramai 19 daripada 22 murid yang dikhuatiri hilang dalam kejadian jambatan gantung terputus di Kuala Dipang malam tadi, berjaya diselamatkan.

Difahamkan, mereka yang terselamat telah dibawa oleh keluarga masing-masing.

Sehingga pagi ini, seorang mangsa, N. Dina Deve, 12, ditemui mati lemas kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Dua lagi murid yang dipercayai terjatuh dalam kejadian itu masih belum ditemui.

Seorang lagi mangsa yang terselamat, Nurul Sabrina Mohd. Sobri, 12, memberitahu, terdapat kira-kira 53 pelajar atas jambatan semasa ia runtuh.

Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan Tronoh itu, dia cepat-cepat melarikan diri ketika terasa jambatan itu hendak runtuh.

"Saya sempat lari ke darat sebelum jambatan runtuh. Seorang lagi kawan saya yang berada di tengah jambatan jatuh tetapi sempat diselamatkan oleh guru,” katanya.

1 comment:

MTD N19 said...

1 Malaysia sudah meragut nyawa

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak