Monday, October 26, 2009

PERBEZAAN KETAM MELAYU DAN KETAM CINA



Salam perjuangan buat semua.. Dibawah ini ada satu kisah yang ana dapat dari sahabat ana dan ingin ana kongsikan bersama di sini. Kisah yang melucukan juga. Bukan nak menghina bangsa ana sendiri, tapi hanya sekadar sebagai memberi peringatan sahaja. Mengenang kata-kata Tun Dr M. Melayu mudah lupa..Betoi ka??Pikiaq la sendiri..huhuhu Cerita dia bunyi begini :


Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu:


Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu? Melayu:
Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina? Cina:
Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la…. Melayu:

Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?
Cina:

Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.


Melayu
: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

PENGAJARAN yang dapat diambil dari kisah ni : Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju...Dan ada juga dari kisah teman ana, yang ana dengar dari mulut beliau sendiri. Disebabkan dari kes yang berlaku ini jugalah, ayah beliau sendiri menemui ajalnya dek kerana dengkinya sifat seorang lelaki yang berbangsa MELAYU itu sendiri..Wallahua'lam....Hangpa pikiaqlah sendiri..
Fahanrais.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak