Sunday, October 25, 2009

KANAK-KANAK PEMUAS NAFSU SEKS DENGAN BAYARAN RM5 HINGGA RM 10




KUANTAN: Dua beradik, seorang lelaki dan perempuan, berusia sembilan dan 11 tahun terpaksa menjalani kehidupan bagai dalam neraka apabila dipercayai menjadi mangsa dera ibu tiri yang panas baran di sebuah rumah di Kampung Jalan Gambang di sini sejak empat tahun lalu.

Dua kanak-kanak berkenaan dikatakan sering dipukul dan digigit di tangan dan lengan oleh wanita berusia 40 tahun itu.

Lebih mengejutkan, si kakak yang berusia 11 tahun dikatakan turut ‘dijual’ kepada seorang lelaki untuk dijadikan pemuas seks dengan bayaran RM5 hingga RM10.

Difahamkan, wang diperoleh itu digunakan ibu tiri kejam berasal dari Jalan Gambang di sini untuk perbelanjaan hariannya.

Bapa kandung dua beradik berkenaan berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Kuantan, dekat sini, dikatakan mengetahui anaknya yang belajar di sebuah sekolah rendah di Jalan Gambang didera isteri barunya selain dijadikan hamba seks, namun seolah-olah tidak mempedulikan keadaan itu apabila tidak mengambil tindakan

Kanak-kanak perempuan itu dijemput setiap kali pulang dari sekolah sebelum diperkosa seorang lelaki berusia 30 tahun di bawah jambatan di Kampung Sri Damai di sini(Baca seterusnya Disini)

Ayid>>> Apa dah jadi dengan 1 Malaysia sekarang. Ini yang dikatakan bila masunia mumpunyai sifat kebinatangan dalam diri. Jika binatang ada sifat kemanusian, mereka mungkin lebih baik dari masunia

2 comments:

anakmuaallaf said...

Salam Ayid,
Agaknya inilah keluarga harapan 1Malaysia kut...Dah tak kenal dosa dan pahala , halal dan haram...

ummu saifuddin said...

WAJIB ADA PIHAK YANG MENGAMBIL TINDAKAN..JANGAN BIARKAN SAJA...TOLONGLAH ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDOSA TU...KASIHAN BETUL..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak