Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.
Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.
Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.
"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong Barisan Nasional.
Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.
Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA
Ayid:
Syari’at Islam adalah syari’at yang lengkap dan sempurna. Ia tidak hanya mengajarkan kepada manusia ‘aqidah dan ibadah yang benar saja, bahkan ia mengajarkan pula akhlak yang mulia. Hal ini ditunjukkan oleh firman Allah Ta’ala:
“Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat. Akan tetapi, sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Baqarah: 177)
http://cupingmerah.blogspot.com/2012/01/panasss-102-pengikut-hassan-ali.html
4 comments:
Kalaulah benar, mereka tidak menghayati perjuangan pas selama ini, dan layak sebagai tong kosong aje...seperti Hassan Ali juga gagal membezakan antara kepentingan diri dan kepentingan parti....hanya UMNO yang layak menjaga agama ,bangsa dan negara? baguslah macam tu, teruskanlah..berada di dalam penipuan UMNO
Syabas pada anda semua yang telah berjuang untuk perut dan duniawi eloklah kalau itu yang dicari ingat Allah itu Maha mengetahui isi perut hamba-hambanya teruskan dengan cita-cita anda semua semoga Allah memberi pertunjuk kejalan yang diredhonya .Amin!!!!! jangan menyesal dan menyembah kami bila sudah tersungkur kelak
Asas pertimbangan amat penting kpd kami adalah memelihara agama dan kepentingan agama Islam. Tetapi sejak berkawan dgn. parti " langkah mayat ku dulu" kalau nakkan Islam (dah amat terang dan jelas musuh Islam) dan juga PKR yg rosak, haluan PAS dah tersasau. Apakah tidak dilihat ancaman2 kpd agama yg kita sayangi- isu istilah Allah dibiarkan, isu murtad dibiarkan, isu pluralisma dibiarkan....dll! Dibiarkan kerana kepentingan politik parti? Cisss... sampai kiamat tidak boleh kepentingan lain mengatasi kepentingan agama Allah!!!
Biarkan Hasan Ali meroyan....dgn sikap ego , cakap besar, riya' nya sebab Allah maha tahu siapa yg benar dan salah...
Post a Comment