Wednesday, January 18, 2012

PANAS!! 1000 Hektar Tanah Melayu di Perak dijual kepada negara asing.



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang…

Itu adalah sebahagian dari lirik lagu yang digunakan oleh jentera-jentera UMNO untuk membakar semangat peserta-peserta di Biro Tata Negara..


Malangnya biarpun ianya boleh dikatakan dihafal oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO namun ianya sekadar meniti dibibir mereka sahaja..

Begitulah apa yang telah terjadi kepada 1000 hektar hutan simpan di Teluk Rubiah bersebelahan Teluk Batik, Lumut, Perak.. dulunya ia milik kita kini bumi yang dipijak itu telah menjadi milik orang.

Ini kerana ianya dikatakan telah dijual oleh pentadbiran Zambry kepada syarikat dari negara asing iaitu Vale dari Brazil.


Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.



Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.

Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?

Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan kelihatan seperti bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia.

Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil.

Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Bagaimana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?


Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite.



Bagaimana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?



Petikan dr komen NGO terhadap Jeti VALE Brazil di Teluk Rubiah: “Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.

"Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut,” blog tersebut memberikan amaran.

“Mengapa kerajaan Perak begitu baik kepada Vale?” soalnya, sambil bertanya apakah projek ini menguntungkan rakyat Perak atau sekadar memenuhi objektif syarikat asing yang mempunyai duit.

“Sebab kontrak untuk membina fasiliti Vale kebanyakkannya diberikan kepada warga asing, di mana hanya sebahagian kecil sahaja jatuh ke tangan syarikat Malaysia. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group,” katanya lagi - sila baca di SINI

Jelas kepada kita kini.. demi mengejar kepentingan mereka pemimpin-pemimpin UMNO rela menjual tanah milik negara kepada bangsa dari negara asing tanpa mempedulikan keselamatan negara.. Kredit: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/panas-1000-hektar-tanah-melayu-di-perak.html


Artikel diatas telah diolah semula dari karya asal MSK @ Malaysia Times
Gambar-gambar telah disediakan oleh Otai Manjung

5 comments:

Anonymous said...

"TAHNIAH" kepada pengundi yang mengundi umno/bn dalam PRU lalu. kome dapat pemimpin yang ceghodek tak boleh di ikut bodo tak dapat di ajo.

apa yang melayu dapat? kenapa tak laungkan lagu bodo (anak bermain api) kome tu. nah, berbanggalah kome dengan menteri HARAM tu.

cucu to sagor, kg gajah.

azman kamarul said...

Salam buat pendokong, pemuja , dan pengundi umno/bn. SYABAS kepada kalian.DENGAN TAKDIR ALLAH DISEBABKAN KALIANLAH negara ini sewenang-wenangnya dijual , digadai oleh pemimpin kalian yang kalian semua undi.Maka, tidak dapat tidak, kalian juga BERSUBAHAT dengan pemimpin begini.Jawablah nanti di hadapan Allah swt.Takbirrrrr

Anonymous said...

Tahniah DR ZAMRY KADIAQ.Juallah tanah Melayu selagi ada.darah hang pun bukan darah Melayu sangat.Lagipun apalah ada kepada tanah Melayu yang tak dak nilai.Sebelum NIZAR bagi kat melayu, cina dan India rakyat Malaysia lagi baik hang bagi kat BRAZIL sekurang-kurangnya dapat juga sedikit masuk dalam poket.Sudah lah UMNO....MELAYU akan merempat di bumi Malaysia bukan kerana PAKATAN RAKYAT tetapi disebabkan oleh UMNO KEPARAT. Kita tunggu PRU 13.Kalau UMNO menang lagi MEMANGLAH MELAYU BODOH??????????

Al faris said...

"Well done dan Tahniah" Semua penyokong UMNO!! Anda Semua memang Palawan dan pejuang bangsa melayu!! Terus kan mengadai tanah orang melayu agar Semua pemimpin UMNO yang kita cukup sayangi ....masyukkkkk!!

Amuraria said...

SYABAS PADA NGOK-NGOK PENYOKONG UMNO-APCO-ZIONIA-BN ! INDIA MUSLIM YANG HARAM JADI MB PERAK TU ADALAH PENGKHIANAT MENERUSKAN KERJA DAJJAL PEROSAK NEGARA DISAMPING MENYALAK PEMBELA MELAYU ! BETUL-BETUL MAMAK PEMBOHONG & PENGKHIANAT TERSOHOR, LAGI SATU BANGANG SANGAT KAH MEREKA KAN PENGKALAN TUDM PUN DEKAT SITU YANG TERDEDAH PADA SIAPA-SIAPA SAJA JIKA JADI PENGKHIANAT MAHU MENSABOTAJ ! LEMBU PUN LAGI TERER BOLEH DUDUK KONDO DARI MB BAHLOL KELABU ASAP !

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak