Sunday, January 15, 2012

Mufti Perak kecewa Pas pecat pejuang Islam

“Jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Datuk Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan
Hassan Ali

SHAH ALAM – Tan Sri Harussani Zakaria, antara personaliti yang cuba mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno selepas pilihan raya umum 2008, kesal kerana Datuk Dr Hasan Ali yang memperjuangkan Islam dibuang parti.

Menurut Mufti Perak itu, sebagai pejuang Islam yang sejati, Hasan tidak sepatutnya berputus asa, sebaliknya perlu meneruskan perjuangannya.

“Ini adalah risiko yang perlu dihadapi oleh pendakwah Islam dalam menyebarkan Islam.

“Sejarah dunia telah membuktikan bahawa orang kafir memang tidak pernah suka dan setuju dengan Islam, begitu juga dengan orang munafik.

"Jadi mengapa orang Islam sendiri perlu ikut kata mereka,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Ketika diminta mengulas tentang pengguguran Hasan sebagai Exco Selangor dan tindakan Pas memecat Hasan dari parti itu, Harussani bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Selepas pilihan raya umum 2008, Harussani dilaporkan menggerakkan usaha mengadakan perundingan dengan kepimpinan Pas dan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan khususnya di Perak dan Selangor.

Kerjasaman Umno-Pas yang dicadangkan Harussani itu berteraskan Melayu dan Islam.

Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu atas alasan melanggar kepentingan parti.

http://www.sinarharian.com.my/politik/mufti-perak-kecewa-pas-pecat-pejuang-islam-1.18199

3 comments:

Anonymous said...

tok keti, nak gtau hasan dipecat kerana keceluparan dia dalam mempertikaikan dasar dan perkara yg dah dumuafakatkan dalam parti, mana-mana parti sekalipun akan berbuat demikian..masalah dia nak mamperjuangkan akidah terpulanglah sama dia, cara dia, tak sape nak pertikaipun..

Anonymous said...

Kalo lah beno dia ni pemimpin Islam sejati, suruh lah boss UMporNO kamu amik dia berkerja dan berdakwah dlm parti kamu itu..

Anonymous said...

SEKARANG BOLEHLAH HARUSANI DENGAN HASSAN ALI BINCANG PASAL PENYATUAN MELAYU DAN ISLAM. BENTUKLAH KETUANAN MELAYU YANG KALIAN AGENDAKAN.

PERGI SEORANG TAK APA, KERANA LEBIH RAMAI LAGI HASSAN HASSAN YANG HASSAN YANG BERADA BERSAMA PAS.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak