Tuesday, January 17, 2012

Hasan Ali bidas, mahu rakyat tolak Anwar

Hasan berkata, beliau yang sebelum ini mempunyai pendapatan lumayan ketika menjadi pengurus dan pakar motivasi tidak pernah menceritakan kepada sesiapa jumlah kerugian yang dialaminya selepas menyertai Pas.





PETALING JAYA - Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia berkaitan golongan gay sambil menegaskan, ia "tidak wajar dan rakyat perlu menolak perjuangan" Ketua Pembangkang itu.

Menurut Hasan, perkara seperti ini menjadi salah satu punca beliau tidak boleh bersama Anwar dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pas memecat Hasan awal minggu lalu.

"Inilah salah satu (sebab) saya tak boleh bersekongkol dengan Anwar. Sebab inilah, rakyat perlu menolak perjuangan Anwar Ibrahim," katanya pada sidang media di kediamannya hari ini, yang kedua selepas dipecat dari Pas.

Dalam temu bual dengan BBC baru-baru ini, Anwar berkata, terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea antidiskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", Anwar berkata, "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

"Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan," katanya.

Justeru Hasan menambah, masyarakat di negara ini akan bergolak, berpecah dan huru-hara akan berlaku jika hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual dan homoseksual dihalalkan.

Hasan turut berkata, kenyataan Anwar dalam wawancara bersama media antarabangsa BBC merupakan pandangan peribadi ketua umum PKR itu.

"Pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di BBC. Tetapi kalau dilihat balik, itulah pandangan peribadi dan asasi yang dipegangnya. Atas alasan itulah kenapa saya tidak sepatutnya bersama beliau. Pendirian saya tak wajar untuk bersama Anwar," katanya.

Sementara itu mengulas kenyataan Anwar dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Sabtu lalu mengenai Pakatan perlu dibersihkan daripada individu yang gila kuasa dan gila duit, Hasan berkata, masyarakat perlu berfikir siapa sebenarnya yang gila kuasa.

Katanya, beliau mempunyai keselesaan, kuasa dan jawatan ketika menjadi Exco negeri Selangor tetapi sanggup dikorbankan jawatan itu kerana satu idealisme.

"Saya nak tuan-tuan fikir ya, ada seorang ini yang kumpul orang-orang di Sabah dan Sarawak dan kata mahu tawan Putrajaya pada 16 September. Jadi sekarang, siapa yang gila kuasa? Saya ke, dia? Bayangkan, atas nama gila kuasa, dia berkata 'dalam penjara pun saya akan menjadi perdana menteri'. Hasan tak pernah sebut. Jadi saudara semua timbangkanlah... saya tahu saudara semua bijak," katanya.

Hasan berkata, beliau yang sebelum ini mempunyai pendapatan lumayan ketika menjadi pengurus dan pakar motivasi tidak pernah menceritakan kepada sesiapa jumlah kerugian yang dialaminya selepas menyertai Pas.

2 comments:

Man Taji said...

Woitttt Asang Ali.
Lu ale cakap, lu ale hantam itu DSAI ie masalah peribadi talak patut kongsi sama rakyat.

Tapi....
Lalam lu punya statement sama reporter, lu punya masalah peribadi sama DSAI, apa pasal lu kongsi sama lakyat?

Lu butoi2 laaaaa.... "cakap talak selupa bikin punya olang"

JAKA said...

bermasalah dgn PAS tapi anwar yg dihentam. itu sah bukti hassan adalah agen umno.

anwar bercakap nak semak undang2 lapuk, dia faham anwar nak halalkan hubungan sejenis. tak ke bodoh otak si hassan ni.

ayat anwar kata menyokong hubungan suci perkahwinan lelaki perempuan tidak pula ditekankan. ayat ini jelas pendirian anwar kenapa tk disebut?

hasan jgn buang masa buat tour la. mentang2 umno sponsor dgn duit rakyat, kau sekongkol buat tour ye.

kita tgk lah nanti SARKIS BADUT HASAN ALI buat tour seluruh negara.

org yang hati kotor dan tak ikhlas dlm perjuangan akan akhirnya bergabung dgn geng yg sama busuk juga.

najis tempatnya tetap di jamban.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak