Friday, January 6, 2012

Bravo Bravo Salehuddin Jawab Hasan Ali Kempen 901: Patuh keputusan parti, Salahuddin jawab Hasan Ali - Politik - Sinar Harian

Kempen 901: Patuh keputusan parti, Salahuddin jawab Hasan Ali

January 6, 2012
Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Naib Presiden Salahuddin Ayub menegaskan Pas hanya mempunyai seorang presiden dan oleh itu setiap ahli perlu patuh arahan ketua, bukannya pihak lain berhubung keputusan menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901.

Mengulas kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam, Salahuddin berkata, partinya tidak memiliki presiden lain selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu tegas beliau, Hadi sendiri akan sama-sama menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.

"Apa yang setiap ahli perlu dengar dan lihat ialah daripada arahan presidennya. Kita tidak ada presiden lain. Presiden sendiri akan turun pada hari itu (9 Januari), jadi sekarang tidak timbul apa-apa masalah lagi," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Hasan berkata perhimpunan Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat.

Tambah Salahuddin, beliau menyerahkan kepada ahli Pas dan rakyat untuk membuat penilaian terhadap kenyataan Hasan semalam. "Itu saya serahkan pada ahli dan rakyat untuk menilai apa yang telah beliau (Hasan Ali) katakan semalam. Saya tidak mahu mengulas apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak harus timbul isu berhubung keputusan mengambil bahagian dalam perhimpunan Isnin ini.

"Kita sudah membuat keputusan untuk menyertai perhimpunan, jadi tidak timbul langsung isu... kita buat keputusan (menyertai perhimpunan) dalam mesyuarat baru-baru, pimpinan Pas akan turun sama," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

"Ya, ya, kita kena menghormati apa yang telah diputuskan oleh parti," katanya lagi.

Selain itu kata beliau, keputusan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan Isnin ini juga merupakan "keputusan bersama dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Kempen 901: Patuh keputusan parti, Salahuddin jawab Hasan Ali - Politik - Sinar Harian

7 comments:

PenganutPAS said...

Bak kata Hasan Ali :

Ajak join kempen Anti-Murtad tak nak.

Berkempen kes Anwar liwat Saiful nak pulak .

Apa nak jadi dah dengan PAS ni .

abuamir said...

Buat kempen anti murtad tetapi kebas duit zakat selamba aje. Haram jadah betul puak2 ni. Dia ingat boleh halang org Islam murtad dgn cara berhimpun kat stadium?

Duit zakat banyak tetapi org Islam minta bantuan kat gereja apa cerita? Duit zakat buat bina bangunan tinggi dan gah tetapi org miskin terus menderita.Tengok bangunan gah boleh kenyang perut ke?

Utraman said...

Hasan Ali sudah membuat onar dan akan terus membuat onar lagi kepada PAS. Setiap keputusan yang dibuat parti diperleceh dan dikencing beliau secara terbuka di media musuh.
Nampak pada zahir, bahawa beliau telah bertekad untuk menjadikan PAS sebagai musuh. Pada tanggapan aku, kemungkinan pada peringkat kedua nanti, Hasan Ali akan bertindak menyerang pimpinan PAS, termasuk batang tubuh TGNA mursyid am PAS.
Keberanian Hasan Ali menjadi tanda tanya, adakah beliau membuat onar kerana mahu dibuang daripada PAS, atau beliau merasa dirinya kebal dari tindakan dan telah mendapat perlindungan dari dalam parti.
Daripada kerdurhakaan Hasan Ali terhadap PAS dalam edisi pertama dan kedua, jelas sekali bahawa Hasan Ali telah menang besar. Kemenangan ini diperolehi dengan bantuan pemimpin PAS sendiri. Beliau merupakan "musuh PAS paling istimewa kerana mendapat perlindungan daripada pemimpin PAS sendiri untuk menghancurkan PAS".
Bahkan dengan bantuan daripada beberapa pemimpin tertinggi PAS, beliau telah berjaya mempermain dan memalukan TGNA musrsyid am PAS dan kes minta maaf.
Sebuah parti politik akan menemui kegagalan, jika kepimpinan parti gagal menyelesaikan sesuatu masalah parti dengan segera dan tepat. Bahkan ahli dan penyokong parti akan merasa tidak puas hati dan merasa bosan dengan suasana dalam parti sendiri.
Sesetengah pimpinan parti lebih memenangkan rasa hormat dan malu lebih daripada kepentingan dan masa depan parti. Lihatlah bagaimana Mat Sabu, Mahfoz Omar, Salahudin Ayob dan Mujahid Rawa menunjukkan sikap tidak setuju dengan tindakan Hasan Ali, namun tidak apa yang dibuat kecuali mendiamkan diri dan membisukan mulut.
Tindakan mereka ini bagaikan :' seorang panglima yang berani di medan perang, namun penakut dengan bini di rumah"
Sementara sesetengah pimpinan meredai dan menyokong kelakuan yang dilakukan oleh Hasan Ali.
Pimpinan PAS seperti Harun Din, Harun Taib, Mustafa Ali, Nasariddin Mat Isa, Nasaruddin Tantawi dan Nik Abduh merupakan penyokong secara langsung ata tidak langsung kepada Hasan Ali. Walaupun mereka tidak menzahirkan diri, namun ahli dan penyokong PAS dapat membacanya.
Sikap TGHH sebagai Presiden parti menambah kekalutan isu Hasan Ali, sikap beliau yang tidak tegas dan membiarkan isu ini berlarutan tanpa jawapan yang nyata, mungkin meninggalkan kesan kepada sokongan dari luar parti yang sangat diperlukan.
Ahli dan penyokong PAS hanya menunggu satu suara keramat daripada pimpinan PAS. Suara ini diharapkan dapat menamatkan penantian yang penuh dengan tanda tanya ini dalam isu ini. Suara TG. Nik Aziz Nik Mat, sebagai mursyid Am PAS.

Unknown said...

komen #1 ... boleh blah la lu punya 'konar baring'. Anti murtad konon ... porahhh!

setuju #2.

Ni gua suka Ultraman ni ..100% spot on!

Amuraria said...

PROVOKASI HASANG ALI MACAM PROVOKASI PENGARAK KEPALA LEMBU DAA ! APA PUNYA TURR !

Anonymous said...

Bila tak senada, kutuk habis sama dia.. Itulah kebiasaan manusia. Pada aku dia seorg yg berprinsip dan tak sesuai berpolitik. Apa yg dirasakan benar dia akan cakap, padahal dalam politik byk perkara harus di"tenggelamkan" untuk mencapai matlamat besar. Terpulanglah pada masing2 utk menilai..

Anonymous said...

saya dah kata dulu lgi ..ikan diair sudah nampak jantan betina nya .. gaya pertuturan .. pakaian .. kedudukan nya semua style lagak UMNO .. memang dia gunting dlm limpatan .. memang orang kawasan nya pun xmaukan dia lgi .. dia masuk politik kerana kepentingan diri sendiri ..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak