52 ditahan dalam operasi maksiat
SHAH ALAM 1 Jan. - Seramai 52 individu ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu serbuan cegah maksiat yang diadakan pada sambutan tahun baru malam semalam.
Pegawai Perhubungan Awamnya, Nur Hamizah Othman berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkhalwat di beberapa hotel murah yang diserbu di sekitar Shah Alam dan Serdang bermula dari pukul 1 pagi hingga 5 pagi tadi.
Beliau berkata, sebanyak 11 hotel bajet telah diserbu dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Anti-Zina dan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali itu.
"Mereka yang ditahan adalah berusia di antara 15 hingga 45 tahun dan kesemuanya disyaki berkhalwat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
"Kesemua yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan mulut dan akan dipanggil semula untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nur Hamizah berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan itu, pihaknya mendapati ada di kalangan pasangan terbabit disyaki berkhalwat dengan pasangan bukan Islam.
"Namun, penguat kuasa JAIS tidak menahan pasangan mereka yang bukan Islam dan hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang ditahan dalam serbuan itu," katanya.
Bagaimanapun, Nur Hamizah enggan mendedahkan jumlah sebenar lelaki dan wanita Islam yang ditahan dalam serbuan tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
2 comments:
Hanya cara itu sahajalah Hassan Ali nak mencari glamour dan menunjukkan dia buat kerja dan mempertahankan Islam dan Raja Gopal.....tak lebih dari itu. Ingat! Dosa Munafik jauh lebih besar dari dosa berzina. Malah lebih hina dari Kafirun (neraka mereka lebih bawah dari neraka orang kafir).
Depa cuma serbu hotel murah saja.. hotel mahal yg VIP dan kaum dok huha2 mana depa ada serbu.. kang kena pecat kerja pulak...
Post a Comment