Monday, July 18, 2011

KIRA-KIRA 500 pelajar institusi pengajian tinggi tempatan terlibat dalam perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KAJANG - Seramai 500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikenal pasti menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu bakal berdepan tindakan tegas daripada pentadbiran universiti masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bentuk tindakan sama ada ringan mahupun berat bergantung mengikut keputusan pihak universiti terbabit berdasarkan bentuk kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, hukuman itu bukan ditentukan oleh kementerian namun Kosmo! difahamkan hukuman membuang dan menggantung pelajar boleh dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.

"Terpulang kepada pihak universiti, tindakan ke atas pelajar ikut mereka. bukan kementerian tentukan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Latihan 1Malaysia bersama Komuniti 1Hulu Langat di Kolej Komuniti Hulu Langat di sini semalam.

Menurut Mohamed Khaled, pihaknya telah menerima kira-kira 500 nama daripada pihak polis dan kini sedang menyiasat sama ada nama tersebut merupakan pelajar universiti atau sebaliknya.

"Kita belum tahu 500 nama itu pelajar universiti dan universiti mana. Ia sedang diperiksa kerana jika dilihat dari sudut umur bagi nama-nama tersebut, mereka tergolong dalam kategori pelajar.

"Setelah kita tahu institusi pengajian mereka, nama pelajar itu akan diserahkan kepada pihak universiti untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Kosmo

1 comment:

1Crony said...

Kepada penuntut yang dibuang dari IPT, pihak PR sila pastikan mereka ini diberi pembelaan sepatutnya. Berikan mereka pendidikan alternatif lain supaya mereka ini akan berjaya di dalam bidang yang mereka minati dan di samping itu menjadi musuh No.1 atau musuh tegar kepada UMNO, dulu, kini dan untuk selama-lamanya. Kerana jumlah mereka yang celik maklumat ini bukannya sedikit dan akan digandakan selari dengan kekejaman dan korupsi pemerintah UMNO di masa hadapan.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak