Showing posts with label Isu Bersih. Show all posts
Showing posts with label Isu Bersih. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

HANYA ADA DUA PILIHAN .. KERAJAAN MISMAH ATAU PENUHI TUNTUTAN BERSIH


'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap

Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Saturday, July 23, 2011

Video polis sesuai zaman TV hitam putih


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.



Harakahdaily

Bookmark and Share

Friday, July 22, 2011

TVS NEWS Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat

Share
Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.
Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia.

SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.

" Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, Yew Boon Lye dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar. Bukankah mereka cedera? Bukankah kita sudah tunjuk keterangan video dan gambar. Tiada jawapan.

" Penafian polis hari ini mereka menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan. Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?,"katanya kepada Tv Selangor.

Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis.

Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.

Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia.

" Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab. Bagaimana kes Mohamad Sabu, kes Baharuddin, bagaimana pula orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis,"soal Surendran.

Malah naib presiden PKR itu turut mempersoalkan bagaimana video-video rakaman media antarabangsa yang memaparkan aksi ganas polis.

" Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman? Tidak ada jawapan untuk semua ini,'kata Surendran.

Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor menyerahkan hal ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat siasatan.

Malah katanya beliau yakin, saksi-saksi keganasan polis pada hari kejadian akan tampil menceritakan hal sebenar sekaligus menafikan kenyataan dan video yang dipaparkan polis hari ini.

" Polis tidak ada kredibiliti. Oleh itu apa jua video yang mereka tunjuk, ia tidak menunjukkan apa yang berlaku. Beribu-ribu orang di sana menjadi saksi dan kita lihat banyak lagi video lain.

" SUHAKAM selepas ini akan membuat inkuiri awam dan kita tunggu lah orang-orang ramai untuk kemukakan bukti. Kita harap polis pun akan kemukakan bukti mereka juga,"katanya.

SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.

Menurut naib pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit

TVS NEWS

Wednesday, July 20, 2011

Kini semuanya akan dijawab pada 26 Julai 2011.

DAPSY Perak cadang siaran langsung untuk debat Ambiga vs SPR

Deman BERSIH yang dialami oleh SPR dan Kerajaan Persekutuan pimpin UMNO/BN sememangnya boleh diubati jikalau SPR tidak berdegil dengan tuntutan pihak pengundi. Tetapi kegagalan SPR untuk memasang telinga terhadap tuntutan BERSIH 2.0 membawa padah yang lebih serius kepada UMNO/BN. Matlamat rakyat adalah SPR; Yang menjadi mangsa adalah Kerajaan Putrajaya.

Kini semuanya akan dijawab pada 26 Julai 2011. Keberanian menerima cabaran SPR oleh Ambiga jelas menunjukkan bahawa beliau sememangnya berada dalam balapan telus dan bersih dalam meningkatkan lagi kestabilan suara dan permintaan rakyat mengundi.

Rakyat Malaysia mula menghadiahkan rasa hormat yang paling tinggi kepada Ambiga kerana bersikap konsisten dalam menangani segala cabaran yang dilemparkan oleh setengah pihak yang sengaja mahu menunjukkan kehebatan kuasa politik sewaktu berada dalam teduhan UMNO/BN.

Namun, apakah pertemuan di antara Ambiga dengan lapan tuntutan BERSIH dan wakil SPR Wan Ahmad Wan Omar yang berpendirian tidak bersetuju dengan empat tuntutan daripada lapan itu akan dapat dilihat atau didengar oleh seluruh rakyat Malaysia?

Pasti tidak. Jikalau sedemikian, bagaimanakah rakyat Malaysia khususnya yang menyertai perhimpunan aman itu akan dapat menilai samada penyertaan mereka dalam perhimpunan itu sebenarnya bernilai atau tidak?

Ini adalah kerana, Ambiga (gambar kanan) bukan sahaja mewakili BERSIH tetapi mewakili semua rakyat yang menyokong BERSIH dan SPR pula bukan sahaja mewakili Kerajaan semasa, malah seluruh rakyat yang mengundi. Maka liputan siaran langsung akan akan memberikan peluang kepada rakyat dan akan menyamaratakan skop perbincangan kedua-dua mereka pada hari itu.

Selain daripada itu, rakyat juga dapat menilai kehebatan minda, kekuatan pendirian serta agenda rakyat dan agenda politik oleh kedua-dua pihak. Yang telus akan dihormati yang buruk akan bertambah buruk.

Dalam debat ini, Kerajaan harus mengambil inisiatif untuk memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk melihat dan menghayati debat itu melalui liputan siaran langsung.

Persoalannya, adakah Kerajaan Putrajaya akan bersikap terbuka dan telus dalam permintaan ini? Jika tidak ianya bermaksud Kerajaan masih berstatus lemah untuk berhadapan dengan permintaan Rakyat. Sebaliknya, jikalau Kerajaan dapat memberikan liputan siaran langsung, maka Rakyat Malaysia yang tidak menghadiri perhimpunan aman itu akan dapat mentafsir segala baik buruk perhimpunan BERSIH, kelakuan SPR dan tindakan Kerajaan BN. Kedudukan ini akan membuka ruang untuk "WIN WIN SITUATION" kepada semua pihak.

Samada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan bertindak mengikut kemahuan rakyat atau akan berdegil untuk membantah permintaan rakyat adalah terpulang kepada mereka. Yang penting yang BERSIH, ADIL, CEKAP, AMANAH & TELUS patut diberikan penghormatan dan sudah pasti ianya akan menjadi kegemaran rakyat dan pengundi.

*Kenyataan media oleh P. Sugumaran (gambar kiri) selaku Pengarah Biro Pendidikan Politik DAPSY Perak.

MerdekaReview

Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan

Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.

Page bertemakan "
100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)".

Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur.

Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM.

MerdekaReview

Saturday, July 16, 2011

Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat,


Zamry Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.

Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.

"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.

"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?

"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.

Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.

Harakahdaily

Friday, July 15, 2011

APA?? Nasi, Ayam Goreng, Sayur dan Air Manis RM25??

Polis akui salah guna dana awam?




PETALING JAYA: Benarkah polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu?

“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, dipetik dari blognya hari ini.

Beliau, yang dikenali sebagai CheguBard, merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis yang cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.

“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soal beliau.

“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.

Katanya, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.

Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.

CheguBard berkata, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku……makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?

“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.

Beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.


Free Malaysia Today

Najib di sambut dengan Kunig di London...Di Sini di marah kuning he he

Gambar-gambar berikut tidak mungkin akan kita lihat disiarkan oleh TV3 mahupun Utusan Malaysia, media yang ditunggangi UMNO..

Saksikan bagaimana meriahnya Najib disambut di London..







Samad Said: Najib 'memang kejamlah'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang



Samad Said: Najib 'memang kejamlah'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

NONE"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk http://www.blogger.com/img/blank.gifmeramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.

Sumber

Wednesday, July 13, 2011

Sebelas doktor tampil sahkan hospital diserang

Sekalung Tahniah kepada doktor yang berani membuat kenyataan

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong
.


Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital. bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang. Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang. Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia. tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka. Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0. azlanKatanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar. Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri. Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan. Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. tear gas fire at tung shin hospital 090711 1"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka. Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya

Tuesday, July 12, 2011

HAKIKAT SEBUAH KEBENARAN



Akhbar bahasa Cina dikecam kerana prejudis terhadap perhimpunan BERSIH

"Di manakah keamanan yang dijanjikan?" Demikianlah tajuk utama pada muka surat depan China Press, semalam, yang dibubuh pada gambar perhimpunan BERSIH 2.0. Tajuk yang ditafsir sebagai "memberi imej negatif terhadap peserta perhimpunan" ini telah mengundang kemarahan warga internet, sehingga dibadai gelombang kecaman yang mengombak.

Tanpa diduga, beberapa page diwujudkan serta-merta dalam Facebook, menyeru pembaca untuk memboikot China Press yang menyimpan prejudis terhadap perhimpunan BERSIH 2.0, semalam. Page ini mencatat ribuan "like" dalam masa yang singkat, sebagai protes terhadap China Press yang didakwa mengelirukan pembaca, malah menjadi lidah kerajaan!

Malah, seorang bekas wartawan China Press, menulis surat terbuka kepada Ketua Pengarangnya, mengecam sekeras-kerasnya cara China Press membuat liputan perhimpunan BERSIH 2.0. Sebelum ini, China Press menyiarkan laporan dengan menemuramah beberapa orang budak sekolah rendah, memetik pandangan mereka terhadap perhimpunan BERSIH 2.0. Laporan ini telah mencungkil kecurigaan pembaca terhadap kebenarannya.

Beberapa pembaca mempersoalkan tajuk tersebut, "Siapakah sebenarnya yang melepaskan gas pemedih mata? Siapakah sebenarnya yang menyembur meriam air berkimia? Siapa yang tidak berhenti-henti menangkap 'askar kuning'?"

Antara komen pembacanya, "Ketua Editor China Press, jangan anggap rakyat bodoh!!! Wartawan dan editor perlu melaporkan kebenaran, bukannya memutarbelitkan kebenaran!!! Kamu tidak layak jadi wartawan, kalau berperangai sebegini!!!"

"Laporan yang tidak benar, Ketua Pengarang China Press perlu letak jawatan dan memohon maaf kepada rakyat!!" Malah, beberapa nombor ditinggalkan di laman page tersebut, untuk memudahkan pembaca menelefon kepada pihak China Press dan memberi tekanan.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pembaca yang membela China Press, bahawa akhbar itu tidak berniat untuk "mengipas" kerajaan, cuma berlaku silap ketika membubuh tajuk. Tajuk ini dipercayai diubahsuai dari lagu pop Cina "Di manakah kebahagiaan yang dijanjikan", oleh penyanyi Taiwan terkenal, Jay Chow.

China Press tukar tajuk


Mungkin disebabkan tekanan yang terlalu besar, China Press menukar tajuknya pada muka surat depan hari ini, dengan "BERSIH ke jalan raya, 1667 orang ditangkap". Kebetulan juga New Straits Times pada hari ini memaparkan satu gambar di mana seorang peserta perhimpunan dengan gerak-geri cuba membaling sesuatu, dan membubuh tajuk "Aman?" (Peaceful?) di situ.

Selama ini, masyarakat Cina dikatakan menyimpan fobia terhadap perhimpunan secara besar-besaran. Antara retorik yang digunakan untuk menakut-nakutkan komuniti ini adalah demonstrasi bakal menjejaskan ekonomi negara. Selain tragedi 13 Mei 1969, demonstrasi di Indonesia pada tahun 1998 sedikit sebanyak menghantui minda Cina, bahawa demonstrasi bakal berakhir dengan malapetaka, dan orang Cina akan dimangsakan.

Bagaimanapun, pemerhatian terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 semalam memperlihatkan semakin ramai peserta dari kaum Cina, khususnya generasi muda turun ke jalan raya. Golongan ini dipercayai dipengaruhi internet, khususnya laman sosial facebook, yang mendedahkan mereka kepada maklumat yang pelbagai.

MerdekaReview

MerdekaReview - Video menunjukkan gas pemedih ditembak ke hospital

Sama ada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital, ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, kini menjadi pertikaian. Tidak kurang gambar dan video dimuatnaik ke laman internet, untuk menyanggah "penafian" kerajaan dan polis.

Amaran keras diulangi dari bibir Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pada hari ini, bahawa tindakan akan diambil ke atas media yang membuat tuduhan tanpa asas. Seorang pembaca
MerdekaReview memuatnaikkan satu klip video yang panjang 41 saat, untuk membuktikan bahawa gas pemedih mata sememangnya ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina.

Pembaca ini menyedari bahawa terdapat gambar dan klip video yang telah dimuatnaik ke laman internet, menunjukkan bagaimana gas pemedih mata itu ditembak ke dalam perkarangan hospital. Beliau pada ketika itu berada di tempat yang agak tinggi, dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, yang bersebelahan dengan Hospital Tung Shin.

Beliau sempat merakamkan secara jelas bagaimana gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, dan mengambil keputusan untuk berkongsi klip video ini, agar membuktikan kerajaan dan polis berbohong dalam hal ini.

Selain ini, beberapa gambar telah dimuatnaik ke laman internet untuk membuktikan bahawa meriam air ditembak ke arah Hospital Tung Shin. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar kerajaan semalam kerana hospital tidak akan menjadi sasaran serangan, walaupun ketika dalam peperangan.

Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa polis menembak gas pemedih mata ke dalam hospital, mendakwa bahawa ia sekadar "khabar angin", dalam satu sidang media yang diadakan pada petang 9 Julai, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 bersurai

MerdekaReview

Shamsul Amri: Isu Bersih munasabah, Putrajaya pula guna taktik Perang Dingin

Shamsul Amri Baharuddin (kiri) ketika sesi dialog pada majlis pelancaran kajian bertemakan ‘Nilai, Impian dan Ideal: Belia Muslim di Asia Tenggara’ di Bangi hari ini. Bersama beliau ialah Ibrahim Suffian (paling kanan). – Foto oleh Choo Choy May
Sehubungan itu jelas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.



BANGI, 11 Julai - Sementara isu-isu dibawa Bersih adalah “munasabah”, pentadbiran Najib tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara, kata Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Sehubungan itu jelas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.

“Saya mengatakan poin bahawa perikatan yang memerintah masih berurusan menggunakan cara traditional, yang menggunakan konsep Perang Dingin, kita bukan berurusan dengan komunis,” kata beliau.

Baca lagi: The Malaysian Insider

Monday, July 11, 2011

BILA SASTERAWAN BERSUARA


“Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan Bersih Sabtu lepas.


KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan.

“Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan Bersih Sabtu lepas.

Beliau melahirkan rasa bangga dengan semua rakyat yang hadir dalam himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut hak pilihanraya yang bersih dan tulus untuk mengadap sultan bagi menyerahkan memorandum.

"Tetapi perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU,” kata Pak Samad di hadapan rakyat yang berkumpul di hadapan Kuil Budha untuk menuju ke Stadium Negara petang Sabtu lepas.

“ Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno, negara ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini milik rakyat. Ini rumah kita,” katanya.

Bagi beliau, rakyat ke stadium Merdeka dengan bertekad untuk menyatakan hak tetapi disekat, di layan buruk oleh pihak polis dan FRU.

Menurut Pak Samad, dia datang daripada KL Central. Namun belum pun sempat sampai KL Central mata beliau sudah pedih ditembak dengan gas pemedih mata yang sangat dasyat.

"Mata kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat. Beberapa wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis. Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan tugas?" soal tokoh yang dinobatkan sebagai Sastrawan Negara itu.

Menurut Pak Samad, mereka datang memang ingin serahkan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi tidak kesampaian kerana polis telah sekat dan tidak bertolak ansur langsung dalam perbincangan dengan beberapa orang pimpinan NGO.

Berbagai alasan yang diberikan oleh polis. “saya benar-benar rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia , Najib yang telah memungkiri janji kepada rakyat.

"Najib berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih Stadium Merdeka, mengapa mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan bersih di stadium.

"Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun sudah beberapa kali diminta.

“Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau memberikan peringatan:

“saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi oleh itu, kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang," tegasnya.

Menurut beliau, dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. "Kita ini adalah insan."

Justeru itu, beliau berharap semua rakyat harus fikirkan masa depan negara ini.

"Masa depan negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru," kata Samad yang diikuti dengan laungan takbir daripada rakyat yang berhimpun disitu.

Gandakan kejayaan Bersih 2007


Sementara itu pula Saudara Mazlan Aliman pejuang rakyat pula berkata, “walaupun kita hadapi ugutan dengan ancaman sekatan daripada pihak berkuasa polis yang dikuasai oleh Umno tetapi kita berjaya hadapi dengan tenang dan dapat berkumpul dengan aman melebihi 300, 000 rakyat yang datang dari seluruh negeri”.

Demokrasi petang ini mencatat sejarah apabila ratusan ribuan manusia berkumpul di merata tempat.

"Message ini jelas kita berikan kepada PM bahawa rakyat ingin menuntut pilihanraya yang telus dan bersih. Dengan itu saya harap kepada semua peserta himpunan Bersih 2.0 jadikan himpunan ini sebagai pusingan ke dua.

"Kalau 2007 ribuan penduduk berkumpul dalam himpunan bersih sehingga Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas lima negeri dan akan datang saya harap kita akan rampas semua negeri di Malaysia ini," katanya dengan disambut laungan takbir.

Beberapa badan NGO, aktivis anti ISA juga turut beri ucapan menuntut keadilan dalam pilihanraya ke 13 nanti.
polis nafi

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.



Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, kata dua kakitangannya, bagi menyuraikan peserta perarakan BERSIH semalam.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans
berkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali.

Tambahnya tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital, tetapi terkena bangunan yang terletak dalam kawasan hospital berkenaan.

Seorang lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang terletak di sebelah bangunan utama.

Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil bersebelahan Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap, katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

polis nafi

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageBagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada
orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital tersebut.

Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut.

Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut.

NONEKatanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi
mereka berkelakuan baik tanpa membuat bising atau merosakkan apa-apa.

"Berlaku beberapa keadaan huru-hara apabila pihak polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata. Mereka bersembunyi di dalam hospital, dan menunggu diam-diam sehingga gas tersebut hilang," tambahnya.

Salah seorang pemandu ambulans hospital itu juga berkata orang ramai berkelakuan baik di hadapan hospital itu, tetapi ramai yang bergegas ke tandas untuk mencuci muka mereka untuk mengurangkan kesakitan terkena gas pemedih mata.

Katanya, hospital tidak mengalami apa-apa kerugian dan insiden itu juga tidak menjejaskan pesakit di situ.

Sunday, July 10, 2011

Jenazah Baharudin selamat dikebumikan

Kita datang secara aman, tapi ditembak gas pemedih mata!! Takbir wira kita, Allahyarham Baharudin Ahmad

Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.

funeral baharudin crowdSemalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Kira-kira 500 hadirin termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.

Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.

funeral baharudin bersih protesterTurut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.

Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.

Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.

Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.

Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.

nurul izzah, funeral baharudinSewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.

Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.

Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.

Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.

"(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.

funeral baharudin crowd 2Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

"BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.

"Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.

Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.

Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.

funeral baharudin vanSehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam

Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi.

Malaysiakini

LIVE TVSNews 09072011 BERSIH2 Kezaliman Polis kaki patah 3

LIHAT SENDIRI VIDEO INI, MENGAPA DI PERLAKUKAN SEBEGINI RUPA

Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.

“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak