Tuesday, December 20, 2011

Hassan Ali ada Bukti - "Ahli makin ragu-ragu dengan Prinsip PAS."

alt

KUALA LUMPUR 20 Dis. - "Saya terkejut Mustafa Ali dan Mahfuz Omar terus menerus menyerang saya." Demikian dakwa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali memberi reaksi balas terhadap serangan yang telah dibuat oleh Setiausaha Agung dan Naib Presiden PAS baru-baru ini.

Beliau dengan nada kecewa mendakwa, tindakan tersebut amat tidak profesional. Malah tindakan kedua-dua Pemimpin itu kata beliau menggambarkan ada usaha untuk menjatuhkan beliau selaku Exco

Hassan Ali turut menjelaskan beliau ada bukti dan fakta bahawa terdapat ramai Penyokong PAS di peringkat akar umbi yang semakin ragu-ragu dengan perjuangan Parti.

Hassan Ali membuat penjelasan demikian dalam Sidang Media yang sedang berlangsung di rumah beliau hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, YB. Datuk Mahfuz Omar membuat kenyataan tidak mempunyai masalah jika Hassan Ali mahu meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

"Hasan mahu keluar parti, silakan. Terpulang pada dia."

Turut mengkritik beliau Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali yang menganggap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu terperangkap dengan agenda jahat UMNO.

Kritikan kedua-dua Pemimpin PAS itu dibuat susulan reaksi Hassan Ali yang membuat beberapa perlaksanaan yang tidak disenangi beberapa rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR termasuklah mendakwa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam memperkasa Perpaduan Islam dan Melayu.

Sumber: http://www.klpos.com/ekslusif/1907-hassan-ali-ada-bukti-qahli-makin-ragu-ragu-dengan-prinsip-pasq


1 comment:

Anonymous said...

Ada benarnya cakap Hasan Ali ni , tengok saja sidang media bals Pesuruhjaya PAS selangor Dr. Rani dan Khalid Samad , KENAPA THERESA KOK PUN HADIR SAMA ??? Duduk depan sama-sama dgn dr.Rani dan Khalid Samad .

ADAKAH PAS sekarang hanya menjadi BIRO AGAMA kepada DAP ???

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak