Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin menegaskan hanya borang asli BR1M boleh digunakan untuk memproses bantuan RM500, tidak boleh menggunakan borang yang difotostat. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula berkata boleh guna yang difotostat. Apakah Menteri pun tidak sependapat dengan cara memproses bantuan RM500 ini atau ada sesuatu yang tidak kena?
Hanya borang asli
BACHOK: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.
“Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam. – Harian Metro
http://www.harian-metro-online.com/menteri-tak-sepakat-isu-borang-bantuan-rm500Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni
IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.
“Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan,” katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu. – Berita Harian
1 comment:
Ingat tak dulu, masa JPN buat promosi untuk adakan cabutan bertuah hadiah sebuah Myvi. Apa jadi? Kerajaan UMNO/BN tipu bila menterinya bertukar.
Rasanya keadaan akan lebih kurang juga, lagipun Najib ni kaki menipu... jangan lupa dia tipu nak beri stadium untuk Bersih 2.0 melalak sampai pagi.
Apa kejadahnya dia nak beri 27 sen sehari selama 5 tahun... tapi ambillah itu hak kamu dari hasil cukai yang dikutip selama ini, namun jadilah seorang yang bijaksana untuk memikir muslihat yang ada disebalik pemberian itu. Jadi pertimbangkan untuk menukar kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat yang telah dibuktikan kejayaan yang menguntungkan rakyat di negeri-negeri yang ditadbirnya.
Post a Comment