Monday, December 19, 2011

Akhirnya Lembu Shahrizat akan disembelih di Putrajaya?

Akhirnya teka-teki mengenai tanah yang dibeli oleh NLMC terjawab hari ini, apabila NGO Jingga13 dan rakyat Malaysia yang hadir pada hari ini telah dibawa menyaksikan sendiri tanah yang dibeli oleh NLMC yang terletak di Presint 10, Putrajaya yang telah dibayar tetapi belum ditukar milik oleh pemilik asal tanah tersebut iaitu Putrajaya Holding Berhad. Yang lebih menghairankan apabila tanah tersebut kelihatan seperti padang ragut. lihat gambar diatas.


Tanah yang berharga RM3,363,507 juta dikatakan telah dibayar oleh NLMC, dengan menggunakan wang yang diperuntukan dari dana rakyat RM 250 juta ini dikatakan sehingga ke hari ini masih tidak ditukar nama. Yang lebih menghairankan apabila tanah ini sebenarnya hanyalah sebanyak 2 lot sahaja tetapi harganya cukup mahal bagi tanah yang layak dibuat padang ragut lembu ini. Rujuk gambar diatas.



Jingga13 yang diketuai oleh Pengerusinya En. Fariz Musa diiringi oleh Ketua PKR Cabang Putrajaya En. Onn bin Abu Bakar juga telah memeriksa tanah tersebut dan mendapati tanah tersebut sebenarnya tidak mungkin berharga hampir RM 3.4 juta dan meminta pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat kebenaran mengenai tanah ini. Ini kerana wujudnya anasir-anasir rasuah dan penyelewengan dana rakyat yang boleh membawa kepada kerugian yang besar kepada NLMC.

Read more:http://wikimalay.blogspot.com/2011/12/akhirnya-lembu-shahrizat-akan.html

.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak