Tarikh : December 20, 2011
KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan partinya itu kian tergelincir daripada perjuangan asal dan berdepan kemungkinan hilang sokongan sekiranya terus meminggirkan perjuangan memartabatkan Islam.
Katanya, Pas perlu kembali ke pangkal jalan dan kepimpinan sedia ada perlu memikirkan jalan terbaik mengembalikan parti itu kepada perjuangan asal iaitu menegakkan sebuah negara Islam.
“Pas sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.
“Saya berjuang bagi memastikan matlamat Pas diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu menjadi teras dalam perjuangan Pas,” katanya pada sidang media di kediamannya, semalam.
Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, konsep Negara Berkebajikan sepatutnya tidak perlu menjadi pegangan Pas ketika ini kerana banyak negara lain dalam dunia mempraktikkan konsep sama.
"Tetapi, untuk meletakkan asas negara Islam, Pas memerlukan ulama yang dapat menggarap Islam dalam konteks kehidupan moden dan saya melihat ulama Pas terdahulu berjaya membawa Pas ke arah ini.
“Saya secara peribadinya mahu mempertahankan Pas (berjuang membentuk negara Islam) dan saya yakin hampir ke semua ahli di dalam parti ini menyokong usaha yang saya lakukan selama ini,” katanya.
Hasan berkata, beliau mempunyai bukti sokongan terhadap Pas semakin berkurangan sejak kebelakangan ini rentetan situasi semasa parti.
6 comments:
blog ni blog UG rupanya... huhu
kpd hasan Ali yang dihormati :
jangan duduk mengarut! Hasan boleh keluar daripada pada bila-bila masa daripada PAS.
jangan cakap berbelit-belit seperti katak-katak sebelum ini, kalau terasa tiada apa yang diperolehi daripada perjuangan PAS, sila keluar! keluar! keluar! berambuuuuuus.
baru masuk PAS, kemudian diberikan kedudukan, namun rasa belum cukup apa yang diperolehi, sekarang nak menghina PAS pula, poraah!
Apa kena Hassan Ali nie?Aku xnampak pun perjuangan PAS sudah tersasar daripada landasan yang sebenar..yang aku nampak Hassan Ali tu yang tersasar dari landasan sebenar..
PAS tetap dengan perjuangan tapi ANAK ALI ITU YANG BERNAMA HASAN SUDAH TERSASAR. DIA MIMIPI SIANG MALAM NAK JADI MENTERI. NAK NAIK KETE BESAR SEBELUM MAMPUIH. RAKYAT ITU ADA MATA DAN TELINGA. ALLAH MAHA KUASA. JANGAN TIPU ALLAH. TOLONG JANGAN GUNAKAN NAMA ALLAH DALAM MENJAYAKAN MUSLIHAT KAU ITU.ANAK ALI SILA BERTANDING ATAS TIKET MUSUH...KITA AKAN PASTISKAN KAU HILANG DEPOSIT.INSYALLAH
Maaf Zam zam, blog ini bukan blog UG. Jika blog UG kami tidak keluarkan isu ini. Harap faham. Saya setuju dengan PAS Gombak dan rakan yg lain, Adakah dia akan jdi wal hasil balek asal?
Pas Gombak: Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada di puncaknya. Takbir
Post a Comment