"Umno adalah golongan konservatif yang menjadi anak didik British, malangnya setelah 54 tahun merdeka Umno masih mempertahankan British.
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, serangan kira-kira jam 5.00 pagi pada tanggal 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN.
Ianya termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi talibarut British.
"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri.
"Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya.
Bercakap kepada Harakahdaily beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, pada zaman dijajah British itu sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicop golongan berhaluan kiri atau komunis.
Manakala golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British.
"Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British.

Baca (sini)
1 comment:
Blog saudara amat menarik dan padat dengan info terbaru politik semasa.
Diharap sudi linkkan blog http://www.utaranews.com/ ke blog saudara untuk bertukar-tukar info. Terima Kasih.
Post a Comment