Kerajaan negeri Pulau Pinang, menyedari masih ada segelintir yang cuba menyempitkan ajaran Islam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman.

Justeru, katanya hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang mengajak kepada kasih sayang, perpaduan dan saling faham-memahami antara satu sama lain dapat meruntuhkan tembok perkauman.
“Walau pun ada segelintir orang mahu menyempitkan ajaran Islam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman, kerajaan negeri yakin bahawa Islam yang sebenar menggalakkan kita semua untuk bersahabat dengan penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain.

Menurut Lim, hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang mengajak kepada kasih sayang, perpaduan dan saling faham-memahami dapat meruntuhkan tembok yang selama ini memisahkan rakyat semata-mata kerana perbezaan kaum, agama dan cara hidup.
“Harapan saya ialah untuk melihat ibu-ibu tidak lagi menangis kerana melihat anak-anak kelaparan, bapa-bapa tidak lagi mengeluh kerana tidak mampu menyediakan keperluan keluarga, anak-anak tidak lagi kecewa kerana tidak mempunyai buku, pakaian dan barang permainan.

Menurutnya, usaha meringankan beban rakyat, khususnya di Pulau Pinang, boleh dilihat dalam program sosial seperti penghapusan miskin tegar, penghargaan warga emas, sumbangan pelajar institute pengajian tinggi awam (IPTA) dan program anak emas, bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat dan para huffaz serta program kebajikan yang memakan perbelanjaan lebih RM40 juta setahun.
“Inilah erti Syawal yang saya harap dapat mengukuhkan semangat kita semua untuk tidak melupakan mereka yang amat memerlukan bantuan, sumbangan dan kasih sayang kita.

“Marilah kita terus kekalkan kerajaan (Pakatan Rakyat) berjiwa rakyat yang martabatkan rakyat,” katanya lagi.
Menurut Lim yang juga ahli parlimen Bagan dan ADUN Air Putih, kerajaan negeri Pakatan Rakyat terus berusaha menunaikan kewajipan kepada rakyat dengan urustadbir CAT – cekap, akauntabel dan telus – yang berlandaskan prinsip “amar maaruf nahi mungkar”.
“Pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba mainkan sentimen perkauman dengan momokan bahawa kontraktor Melayu akan rugi kerana tidak dapat berdaya saing dalam sistem tender terbuka.

“Nyata sekali bukan kontraktor Melayu yang tidak dapat berdaya saing tetapi kontraktor bersifat kroni yang tak berguna. Inilah matlamat kerajaan Pakatan Rakyat berjiwa rakyat dengan martabatkan rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik,” katanya.
No comments:
Post a Comment