Noh Omar minta Nik Aziz ‘jangan bawa perangai Kelantan’
KUALA LUMPUR, 3 Mei — Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.
“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang.
“Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan.
“Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini.
Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.
“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.
“Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor.
Noh berkata tindakan Nik Aziz adalah tidak menghormati undang-undang negeri lain.
“Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak?
“Kalau tak suka, pergi ke negeri yang rasa masjid boleh jadi tempat politik, dipersilakan. Usah datang ke Selangor. Jangan nak hina undang-undang orang Selangor,” kata beliau.
Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin menjelaskan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik demi menjaga kesucian dan kehormanian tempat beribadat.
Nik Aziz dilaporkan berkata beliau menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah.
“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.
“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.
“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.
“Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya.
Ayid> Confirm PRU 13 nanti UMNO akan melopong lagi di Kelantan jika ini perangai mereka
4 comments:
NIK AJIS INI SELANGOR BUKAN KELANTAN
Tak pelik kenyataan noh Omar...Dah lama dalam kotak pemikiran UMNO..nak masuk masjid..politik kena sangkut kat pagar masjid..
Yang pelik...yang berpendirian sebegitu..bila ke masjid nak pula diraikan sebagai pak menteri atau YB..kenapa tak sangkut pangkat tu di pagar masjid..bukan ke semua tu pangkat politik??
mmg betol org slangor paham agama. tu sbb slangor ada kilang tuak terbesar di asia. tuak pun patut masuk senarai industrian pertanian sbb bhn utama dia pun bahan pertanian
Yang lebih pelik lagi kenyataan dato' Mufti Harussani,
Politik kepartian adalah haram kerana menimbulkan perpecahan.kalau ikut fatwa mufti ni semua parti politik dlm Malaysia ni kena bubar termasuk Umno sebab katanya politik kepartian boleh menyebabkan perpecahan maka itu dihukum haram.
kalau ikut fatwa Dato Mufti ni pulak kalau sesuatu yang mendatangkan perpecahan dan permusuhan sesama Islam adalah haram maka menegur orang buat maksiat juga haram sebab nanti org yang buat maksiat tu akan marah dan boleh mengakibatkan perpecahan sesama Islam.
jadi lepas ni kalau terjumpa org buat maksiat jgn tegur nanti timbul perpecahan.
Dlm khutbah jumaat juga jgn tengur mat rempit dan kaki judi nanti mereka marah boleh menyebabkan perpecahan sesama Islam .HARAM..
Post a Comment