Ka ka ka hasil PRK di hulu Selangor, MIC yang menang bergaya bukan UMNO. Mereka memperolehi, 1 MP 1 Senator dan 1 Timbalan menteri
Ezam, Palanivel, angkat sumpah sebagai Senator
Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia, perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.Malaysiakini
No comments:
Post a Comment