Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.
"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain,” kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.
Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.
"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS,” katanya.
Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.
"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi,” katanya.
Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment