Monday, November 1, 2010

PANAS: Mahasiswa turun Pilihan Raya Kecil: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pertahan GAMIS!



Oleh: Pria Malaya

Satu lagi berita pedih untuk penyokong khususnya blogger tegar Umno!..

Sehari dua ini, mereka (blogger Umno) giat mencemuh dan menjaja berita kononnya mahasiwa yg turun ke Galas dan Batu Sapi adlah mahasiswa yg degil, melanggar AUKU, jenis malas belajar, 'kambing hitam' dan lain2 kutukan serta herdikan..



(Sekadar gambar hiasan: Mahasiswa UKM diperalat masa PAU baru2 ni boleh plak?..)

Tidak cukup dengan itu, dilemparkan fitnah kononnya kehadiran mahasiswa ke Galas adalah dari arahan PAS dan Pakatan Rakyat..boleh lihat contoh di SINI, dan di SINI..

Hari ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Saifuddin Abdullah sendiri melalui laman facebook menyuarakan pandangannya, mempertahankan tindakan dan kebebasan mahasiswa-mahasiswa untuk turun pada pilihan raya..

Kalaupun ada mahasiswa yg terlibat (sy ada definisi sendiri ttg hal ini) dgn kempen d Galas & Bt Sapi, janganlah sampai mereka ditangkap dua kali! - Saifuddin Abdullah



Sila rujuk facebook beliau di SINI..malah satu artikel/berita telah dikeluarkan oleh beliau di dalam blognya, mempertahankan tindakan GAMIS atas dasar untuk memberi penerangan berhubung dasar kerajaan..boleh rujuk di SINI...

Akhir kalam, syabas penulis ucapakan kepada mahasiswa2 berani ini, dan anak muda seluruhnya..kalian adalah pelapis pemimpin masa hadapan...anak muda benci kezaliman, anak muda bangkit demi keadilan!..wallahua'lam..

p/s: Bagi mereka yg ingin mengenali lebih dekat siapa TMPT (yg satu2nya penulis hormati) ini, lihatlah video di bawah, atau baca artikel penulis bertajuk, "VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3"..




Suhakam: Hak siswa dicabul di Galas

Gua Musang,9 p.m ;Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.

Mereka disambut dengan laungan takbir dan “student power” daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan.
Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam.

Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha’ani Abdullah.

Md Sha’ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.



“Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman. (Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan,” kata Md Sha’ani.

Priamalaya


No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak