Click on people's faces in the photo to tag them. Help your friends tag photos. |
PAS yang sejak dari awal menyatakan mereka
ketinggalan dari BN dilihat semakin selesa di depan. Ramai pemerhati
politik berpendapat strategi PAS yang merendah diri sebenarnya mengena
kerana rakyat simpati kepada PAS manakala petugas mereka pula bekerja
dengan lebih kuat..
Signal dari pengundi menjelang 2 hari terakhir kempen
amat positif. Terdapat tanda-tanda bahawa orang asal akan membuat
perubahan dengan mengundi PAS.
Dijangkakan kali ini PAS akan mendapat
minima 40% undi orang asal, suatu keputusan yang amat baik kerana
sebelum ini PAS hanya memperolehi sekitar 30 % sahaja undi orang
Asal.
Manakala pengundi Cina tetap akan memberikan sokongan padu kepada
calon PAS. Pemerhati politik berpendirian bahawa 65 - 75 % pengundi Cina
akan mengundi PAS.
Manakala pengundi tegar PAS di kalangan orang Melayu
akan setia bersama PAS. Dianggarkan PAS akan memperolehi antara 50 - 55 %
undi orang Melayu di Galas.Dengan anggaran itu PAS dijangka akan menang
dengan majoriti antara 400-1000 undi.
No comments:
Post a Comment