Tuesday, October 5, 2010

Azizan: BN punca tarif air naik di Kedah

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan pendiriannya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu berhubung kenaikan tarif air di negeri itu oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) mulai bulan ini.

Beliau mendakwa kerajaan BN sebelum ini adalah penyebab utama kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1.7 bilion.

"RM1.7 bilion itu meliputi keseluruhan hutang yang ditanggung kerajaan negeri melalui projek air, perumahan dan projek di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech, dan bukannya hutang projek bekalan air bersih," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di kediaman rasminya di Alor Setar, semalam.

Azizan mengulas kenyataan ketua pembangkang Kedah yang juga bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid Ahald lalu bahawa beliau cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lalu.

Sebelum ini, beliau mendakwa kenaikan tarif air tersebut berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan kerajaan pusat pada 2006, bertujuan menyelesaikan pinjaman oleh kerajaan negeri berhubung bekalan air.

Pada sidang akhbar berkenaan, Azizan berkata kenaikan tarif air tersebut juga perlu dilaksanakan kerana kerajaan negeri terpaksa membayar kepada dua syarikat pengendali rawatan air di negeri itu, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd.

"Di Langkawi, kerajaan terpaksa membelanjakan RM39 juta setahun untuk membayar kepada Taliworks. Namun kerajaan negeri hanya memperoleh RM14 juta sahaja kutipan daripada pengguna, dan kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM25 juta lagi bagi membiayai kos rawatan air yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

"Ia sama bagi Syarikat Air Utara Indah yang mengenakan caj sebanyak 18 sen bagi satu meter padu air, namun kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak 48 peratus ekoran air tidak sampai kepada pengguna 100 peratus," katanya.

Beliau berkata ini disebabkan masalah paip yang menyalurkan air ke kediaman rosak, dan sedang diperbaiki oleh kontraktor terbabit.

Malaysiakini

4 comments:

Anonymous said...

Jika kenaikan berpunca dari dua syarikat itu, kenapa satu negeri Kedah terpaksa dibebankan dengan kenaikan air. Kenapa tidak dikenakan kenaikan di kawasan kendalian dua syarikat tersebut, baru penduduk di kawasan tersebut tahu betapa bodohnya UMNO membuat perjanjian air.

Komen saya ini berasaskan andaian bahawa Taliworks beroperasi di Langkawi... jadi penaikkan tarif air di Langkawi, sementara operasi Air Utara Indah tidak merangkumi keseluruhan negeri Kedah.

Jika salah minta diperbetulkan, sebab saya hanya rakyat... jadi berfikir macam rakyat, jadi tak tau langsung dengan butir-butir perjanjian terdahulu.

Anonymous said...

Setelah mendengar penjelasan MB Kedah di :
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/10/kenaikan-tarif-air-penjelasan-mb.html

saya Anon 3:13 menarik balik kenyataan berkaitan Air Indah Utara sebelum ini, namun berharap Kerajaan Negeri Kedah mampu menangani masalah kehilangan air sebanyak 43% itu.

Namun pandangan saya berkaitan Taliwork kekal, tarif air di Langkawi perlu lebih tinggi memandangkan perjanjian bodoh kerajaan UMNO. Semoga penduduk Langkawi sedar akan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO, lagipun kenaikan air di Langkawi sewajarnya tiada masalah memandangkan mereka menikmati zon bebas cukai selain kebanyakkan air banyak digunakan oleh pelancong.

Namun kalau MB mampu menjelaskan masalah lebih awal dari pengisytiharan kenaikan air oleh SADA adalah lebih baik dan membuatkan rakyat akan lebih faham. Selain membolehkan pemimpin pendapat mampunyai clue untuk mempertahankan tindakan kerajaan negari.

Anonymous said...

Mahzir Khalid dah terperangkap. Rakyat patut tau mamat ni jadi MB Kedah 25 bulan saja tapi mampu bina mahligai berharga RM4 juta di Naka, siap dengan tempat landing heli. Pada PRU 12 8 Mac 2008 dulu kalau BN menang khabarnya puak2 ADUN BN nak pi makan angin di Beijing. Nasib baik BN dah tewas di Kedah, kalau tidak habislah duit rakyat. La ni depa tengah gelabah kerana khabarnya duit tanah sawah yang menguntungkan tu tak boleh diambil lagi!!

adf55650 said...

YB Azizan semasa mengambil alih Kedah dari kerajaan lama sudah tentu mempunyai perancangan yang lebih baik untuk mengatasi masalah rakyat. Jika kerajaan dulu mempunyai strategi utuk mengatasi masalah hutang tanpa membebankan rakyat, Azizan juga seharusnya mempunyai strateginya sendiri. Jika Azizan hanya menyalahkan pimpinan terdahulu tanpa berusaha melaksanakan strateginya yang lebik baik, bermakna Azizan telah GAGAL.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak