Proton Sokong Dasar Kenderaan Tamat Hayat Pada Bajet 2011
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara.
Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lepas.
"Kami faham ia merupakan satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Proton, pada hari Rabu.
Syed Zainal berkata kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.
Beliau berkata sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan.
"Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia," katanya.
"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggapkan sampah dan perlu dilupuskan.
Syed Zainal berkata kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi.
Langkah itu kata beliau, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan.
"Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau," katanya.
-- BERNAMA
2 comments:
Kalau berani lobi untuk buat kerja zalim ni pada rakyat miskin, aku minta doa pada Allah supaya dipunah-ranah Proton menjadi seperti Perwaja dan UMNO.
Bukannya Proton nak buat kereta yang berkualiti bertaraf dunia seperti Toyota, Honda dan sebagainya, untuk dipasarkan di luar negara. Ini tak, pasaran di Malaysia yang dah tepu ni jugak lah yang dia nak paksa. Memang cara UMNO berniaga... paksa... paksa... paksa.... macam PPD jual buku MSSM la.
Aku bengkek betul dengan Saga baru ni, power window dah berapa kali perbaik under warranty... tu pun rosak jugak, dalam dok servis on time pun bunyi kereta ni vs bunyi radio kereta ... last-last tutup je radio tu. Dah lah buat pintu bonet belakang berat macam tin aluminium... tak pasai dia nak boleh ditutup secara perlahan-lahan melainkan perlu dihentak baru nak terkunci. Setiap kali ambil selekoh tajam walau pun pada kelajuan yang ditetapkan.... kepala otak mesti pikir tak terbalik ke kereta ni... memang phobia betul... aku bawak Wira buruk pun aku tak rasa macam tu.... tapi biasalah Proton, kereta model wira yang dapat sambutan, bukannya dia nak lihat kelebihannya dan buat upgrade dengan enjin baru dan sistem pemanduan yang lebih canggih, reka bentuk terkini. Ini dok ciplak model entah dari mana-mana... macam student U buat assignment... cut & paste... mana nak maju.... barang kali masa interview, mereka ditanya pandai guna cut & paste tak? Kalau dia kata pandai... mesti dijawab, "Tahniah, anda berjaya menjawat jawatan ini".
Inilah standard kereta kebanggaan negara.... Proton, aku kalau mampu tak pakai kereta ni... mau-maunya aku cari hybrid. Tak main la kereta makan RON 95... boleh hangus kita kalau terbakar. Apakan daya, kerajaan BN (Barang Naik).
keh..keh..keh..
nak bersaing kat global tak boleh!!
Terpaksa la patah balik ke domestik..
minta tolong UMNO buat budget macam gampang!!
wakakaka!
Post a Comment