"Secara puratanya kira-kira 2.8 orang anak luar nikah lahir di negeri Melaka setiap hari sejak 2007 hingga 2009 lalu. Angka ini kemungkinan lebih besar pada tahun 2010. Mengapa ini berlaku. Angka ini dilaporkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam seperti yang disiarkan dalam media hari ini.
Ini menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan negeri menangani isu ini sejak dari dahulu.
Persoalannya Mohd Ali menuding jari dengan meletakkan kesalahan ini kepada keluarga dan kegagalan sistem pembelajaran semata-mata sedangkan di sana terdapat lagi punca-punca lain yang jelas menyebabkan berlakunya perZINAan yang berleluasa ini.
Bukankah pergaulan bebas, pusat-pusat pelacuran, rumah urut, kelab malam, dangdut, disko dan keujudan hotel-hotel murah juga menjadi punca kepada mudahnya gejala zina ini berlaku. Apa yang kerajaan negeri dibawah pimpinannya lakukan dalam membasmi tempat-tempat maksiat ini.
Selain itu tindakan penguatkuasaan juga amat terhad kerana kurangnya anggota penguatkuasa JAIM bagi mengadakan pemeriksaan dan penangkapan pelaku maksiat ini.
Kerajaan negeri dilihat gagal menyedarkan anak-anak muda tentang pentingnya ilmu agama. Kuliah agama dan kelas pengajian hanya dihadiri oleh warga emas kerana ianya tidak menarik minat anak muda. Malah kelas-kelas agama ini semakin kurang lantaran tindakan kerajaan negeri menyekatnya atas alasan ustaz tiada tauliah dan sebagainya.
Kerajaan negeri juga dilihat menggalakkan program-program pergaulan lelaki dan perempuan di samping kebanyakan program mereka banyak menyelitkan unsur-unsur maksiat dan melalaikan seperti karaoke yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan.
Tempat-tempat maksiat tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan terutama di Taman Melaka Raya dan kawasan disekitarnya. Apa yang kerajaan negeri buat?????
Selagi kerajaan negeri gagal menyediakan persekitaran yang bebas dari maksiat di negeri ini selagi itulah remaja dan golongan muda terdedah kepada maksiat. Manakala ibubapa sukar untuk mengawal anak-anak muda mereka terjebak ke kancah maksiat.
Saya mencadangkan supaya kerajaan menutup serta merta semua pusat-pusat maksiat ini dan menghentikan semua program berunsur maksiat yang dianjurkan oleh agensi kerajaan negeri dan pihak-pihak lain. Selain itu program-progam agama ditingkatkan disamping menambah bilangan penguatkuasa JAIM bagi memantau kegiatan maksiat di negeri ini.
Janganlah kerajaan menuding jari kepada pihak lain sedangkan kuasa mutlak ada di bawah kerajaan negeri untuk mencegah kemungkaran. Mari sama-sama kita berganding bahu untuk mengatasi masalah ini kerana kita bimbang BALA Allah akan menimpa kita semua lantaran dosa besar yang berlaku saban saat dan minit di negeri kita ini.
Sila layari http://mutaligat.blogspot.com untuk lain-lain analisis berita
Tranungkite Online v10
No comments:
Post a Comment