KUALA LUMPUR, 13 Nov: Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.
"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily.
Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.
Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.
(Gambar: Datuk Zaid calonkan Nik Aziz sebagai ketua Pakatan Rakyat)"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.
"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.
Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu.
Baca seterusnya (disini)
Ayid: Kita sama-sama berharap agar semua Pimpinan tertinggi Parti
dapat menerima cadangan tersebut semuga PR akan bertambah
kuat untuk menghadapi PRU ke 13

No comments:
Post a Comment