Monday, September 14, 2009

Ketua Kampung Terbodoh di Malaysia? Nizar

وَنُيَسِّرُكَ لِلۡيُسۡرَىٰ (٨) فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ (٩)

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. (8) Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). (9)


Ketua kampung Ara Payung, Batu Gajah dikatakan mengamuk apabila tazkirah disampaikan selesai solat tarawih di surau kampung tersebut. Surau dikampung itu memang kebiasaannya tiada tazkirah yang disampaikan sepanjang bulan Ramadhan ini. Apabila jemaah meminta tazkirah disampaikan selesai solat tarawih pada malam itu, ketua kampung tiba-tiba naik angin pulak. Apatah lagi penyampai tazkirah itu adalah seorang yang amat istimewa bagi jemaah surau tersebut pada malam itu.

Kisahnya bermula apabila surau tersebut mengadakan penyampaian sumbangan raya kepada fakir miskin dikampung Ara Payung oleh Dato Seri Nizar sebelum solat Isyak dimulakan.

Walaupun telah diumumkan bahawa Dato Seri Nizar telah diminta mengimami solat isyak dan tarawih, imam surau meluru laju kedepan untuk menghalang Dato Seri Nizar menjadi imam solat isyak.

Tapi, selessai solat isyak, Dato Seri Nizar telah sekali lagi diminta menjadi imam solat tarawih. Kali ini, tiada gangguan daripada mana-mana pihak.

Sebaik sahaja selesai solat tarawih, selawat dan salam terus dilagukan menandakan tamat solat pada malam itu. Sekali lagi diumumkan bahawa Dato Seri Nizar diminta menyampaikan tazkirah. Kesemua jemaah kembali duduk untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dato Seri Nizar.

Dimasa inilah kedengaran ketua kampung mengamuk dibahagian belakang surau dan amukannya yang kuat dan mengugut untuk membuat aduan kepada pihak polis didengari oleh semua jemaah surau itu.

Atas dasar apa beliau hendak melaporkan perkara ini kepada pihak polis? Apakah pertuduhan yang hendak dibuat?

Mungkin juga kerana menghasut? Dato Seri Nizar telah menghasut para jemaah surau tersebut sehinggakan ketua kampung naik berang dan mengamuk.

Apa yang dihasut oleh Dato Seri Nizar kepada jemaah surau? Dato Seri Nizar telah dikatakan bersalah menghasut para jemaah untuk MENGINGATI ALLAH DAN MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH DIBULAN RAMADHAN YANG MULIA INI.

Kepada ketua kampung Ara Payung tersebut, jika itulah alasan anda untuk membuat laporan polis, SILAKAN..

Ayid>>>> Malang sunggu ketua kampong ni. Kan Allah dah berfirman dalam surah di atas,
Tazkirah itu "god Made not man our Nizar made, but it's made from Ara Payong
tak boleh Tazkirah.

sumber ikhsan: Loveperak

5 comments:

kembara™ said...

em...ketua kampung cmtu..klau mati tanam terus je..xyah panggil tok imam@mane2 pihak tuk kafan dan solatkan...huhu

anakmuaallaf said...

Apa nak dihairan kes begini.Dulu-dulu semasa saya belajar di Bangi setiap malam kami mendapat santapan rohani melalui tazkirah.
Kemudian mendapat arahan minta dihentikan selang beberapa tahun.Pihak berkuasa tidak memahami istilah ramadhan itu sendiri.Adakah ramadhan itu puasa dan terawih saja?

Bagi kes ketua kampung ni penyakit bawaan iblis dan syaitan sudah imune dengan amalannya.Walaupun iblis dan syaitan dah dibelengu.Ramadhan ini juga adalah peluang rakyat untuk test power pemimpin masing-masing yang beragama islam.Adakah ketua kamu manusia bertopeng iblis dan syaitan atau iblis dan syaitan bertopeng manusia?

Wahai rakyat marhaien lihatlah pemimpin yang kamu pilih.Sesungguhnya tangan atau jari yang memangkah akan diperhitungkan di akhirat kelak????

Anonymous said...

Ya Allah bodonhya ketua kg, org seru pada jalan agama pon salah....sure makan dpd sumber yg subhah ni...sebb tu perangai ghope itu yop....

Na'im Nikmat said...

Confirm Ketua Kampung ni UMNGOK punya geng.Sekularisme.....

mAlonG Sufina said...

Surah Muhammad Ayat 32. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya orang-orang kafir dan (yang) menghalangi manusia dari jalan Allah serta memusuhi Rasul setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun. Dan Allah akan menghapuskan (pahala) amal-amal mereka." ShodaqALLAHul'Azim.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak