Tuesday, September 15, 2009

Terkini : 5 Tahanan ISA dibebaskan


http://img.nattawat.org/images/pri0jte1f0pr1yonngpk.jpg
15 September 2009
Terkini : 5 Tahanan ISA dibebaskan

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.

Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Pembebasan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Ketiga-tiganya, yang dituduh terlibat dalam jaringan JI, ditahan bawah akta itu pada 30 Mei 2007.

Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

Satu kemenangan kepada 50 000 orang yang turun berdemo baru2 ini...sekarang kerajaan dah mula sedar dan buka mata terhadap kehendak rakyat....kita mahu ISA dimansuhkan sepenuhnya!!!

Sumber Form Perak With Love

3 comments:

AnTi AljUbuRi said...

"Satu kemenangan kepada 50 000 orang yang turun berdemo baru2 ini...sekarang kerajaan dah mula sedar dan buka mata terhadap kehendak rakyat....kita mahu ISA dimansuhkan sepenuhnya!!!"

Bila mereka ditahan ko kata kerajaan zalim, bila mereka dibebaskan, ko kata pasal keraajaan dah takut dengan rakyat, dah nk dengar cakap rakyat, dah sedar, dah buka mata ..

Itulah cari PAS, sorang makan tarik makan, asalkan dapat menunjukkan hebatan diri. Bila kalah melengoh, bila menang tak sedar diri .. baru dapat kerusi, belum lagi nak gubal undang undang .. nak tegak negara Islam ...jauhlah jawabnya bila bersyarikat dengan peliwat dan orang kafir!!!

Yang perlu ialah war war kekuatan diri dan tonjolkan kelemahan musuh, walapun apa yang berlaku adalah sebaliknya .. bila dah dipilih rakyat barulah mereka tahu..yang ada hanyalah cakap kosong dan kelentong !!!

Anonymous said...

kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.
=====================================
Orang lain insaf lama dah! tapi Umno tak pernah insaf daripada kerja melanun wang dan khazanah negara sampai kesudah.

Unknown said...

kah..kah..kah.. simpati umnobn menawan hati pengundi... Kalau camni trik umno eloklah adakan pilihanraya tiap-tiap hari. garenti habis tahanan dilepaskan.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak