|
Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini.
"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat.
"Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.
Ahmad, yang juga naib pengerusi DAP Johor, berkata beliau berasa malu dengan tindakan kerajaan negeri itu, berbanding dengan kerajaan Pulau Pinang yang membantu sekolah agama rakyat (SAR) terutama menaikkan gaji guru-guru dan menyedia peruntukan kepada sekolah terbabit.
"Jadi tidak betul, kalau (Umno) kata kita sesat," tambahnya.
SAR di negeri itu ditutup secara berperingkat-peringkat mulai tahun lepas dan DAP bersama Pakatan Rakyat di Johor menghantar memorandum kepada menteri besar berhubung isu tersebut.
Ahmad diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai kumpulan tersesat jalan politik dan digesa kembali menyokong Umno.
Ayid>Asal lain dari parti UMNO semua di anggap sesat, minta balek pangkal jalan. Senang bebenor beri fatwa, dan kembali meyokong UMNO. Ini ke resulusi 1 malaysia yang PM gembar-gemburkan apa kah UMNO tak pernah terbaca ayat ini:
1 comment:
tergelak lagi saya dibuat umno..dap pertubuhan yang sah tp dikatanya sesat..deme nie tak senang tangk melayu ,cina ,india bersatu tue yg cuak tue..silap gayer pas pun dikatakan sesat sebab buka utk kelab penyokong pas ..yg menyesatkan sebenarnya parti umno yg pro penjajah...
Post a Comment