Monday, September 14, 2009

PM KATA BOLEH, MB DIAM DIRI - MBI KATA TAK BOLEH (cakap siapa nak caya ni)




MBI tolak permohonan PAS

IPOH, 13 Sept. : Hasrat tidak kesampaian. Begitulah boleh diibaratkan apabila permohonan Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN Pk) untuk mengadakan perhimpunan aman bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Stadium Perak 17 Oktober ini, ditolak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa yang tidak begitu mengizinkan perhimpunan sedemikian dibuat.

Selain itu katanya, perhimpunan berkenaan juga dikhuatiri bakal meninggalkan kesan kepada struktur ekonomi, politik serta sosial masyarakat bandar raya ini.

“MBI telah menganalisis terlebih dahulu berhubung permohonan berkenaan dan setelah bermesyuarat, pihak MBI telah memutuskan agar perhimpunan itut tidak diluluskan berdasarkan faktor-faktor tertentu.

“MBI yakin bahawa keputusan pembatalan itu bakal memberi banyak kebaikan kepada orang ramai.

“Kami (MBI) juga yakin bahawa ini adalah keputusan terbaik yang dapat dilaksanakan dan berharap agar semua pihak akur dengan keputusan berkenaan demi kebaikan bersama,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Roshidi berkata, permohonan DPPN Pk itu dibuat berikutan tawaran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataannya yang mengatakan kerajaan sedia membenarkan perhimpunan aman selain turut menyediakan kawasan yang bersesuaian bagi tujuan tersebut.

Berdasarkan tawaran itu, Najib mahu pihak berkenaan menganjurkan perhimpunan sedemikian di tempat tertutup bagi mengelakkan perhimpunan jalanan yang dikhuatiri boleh menggugat ketenteraman awam.

“Pada asasnya perhimpunan di kawasan berkenaan didapati lebih baik berbanding di tempat terbuka kerana ianya lebih aman dan memudahkan pihak polis bagi mengawal keadaan.

“Bagaimanapun, ianya tidak dapat diluluskan berdasarkan situasi semasa yang tidak menentu selain dikhuatiri bakal menimbulkan insiden-insiden yang tidak diingini seperti mana yang berlaku pada beberapa perhimpunan seumpamanya sebelum ini,” katanya.

Ajijoi ~ Benda ni semua orang pun dah tahu. Gerenti tak dapat punya. Mana zambry berani nak bagi. Setakat duduk kat dalam bangunan suk yang dikepung rapi, berani le. Cakap depan kamera tv. Kalau berani cakap le depan orang ramai.

Ayid>....Salah satu daripada rukun munafik itu, ialah berjanji tak pernah ditunaikan
wallah wua'lam
Saja DPP nak nyakat aje...

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak