
BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Umno diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat Ibrahim dari bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN.
Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.
Khalid juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Barisan Basional Pulau Pinang sebelum ini. Ketika itulah dia pernah memangku jawatan Ketua Menteri.
Mahfuz mendedahkan perkara ini dalam sidang medianya hari ini.
Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.
Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin umno.
Mood>>>UMNO dah mula gelabah puyoh. Chit ? besok puasa tak baik cakam macam-macam kat UMNO nanti dia keluarkan fatwa pulak
No comments:
Post a Comment