Saturday, August 22, 2009
Saya membawa suara derita Puan Rafizah - Nasrudin Tantawi
Nasrudin Hassan At-Tantawi
Dengan Nama Allah swt Tuhan yang Maha Pemurah Lagi
Maha Penyayang .
Kezaliman Akan Ku Tentang
Insan Terinaya Akan Ku Bela
1. Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki .
2. Kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim pula seorang pemimpin . Justeru pemimpin akan menjadi ikutan ramai , maka peribadinya mesti mulia . Akhlaknya mesti tinggi . Moralnya terpelihara , sikapnya bertanggungjawab , tindakannya adil dan hatinya pula mesti bersih .
الناس على دين ملوكهم
Manusia berada di atas manhaj (cara hidup) para pemimpin mereka.
3. Isu yang saya dedahkan baru - baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau , bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .
4. Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat .
5. Isu ini adalah isu keluarga besar kami . Keluarga muslim pula keluarga yang terlibat dalam perjuangan Islam . Isteri kedua calon BN di N.11 Permatang Pasir (Puan Rafizah) adalah adik angkat kepada Tok Guru saya (Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man). Sementara ayah dan ibunya pula anak angkat kepada ayah Tok Guru saya . Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah . Sementara saya adalah anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah .
6. Sebenarnya sejak lebih setahun yang lalu , Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpa dirinya kepada Tuan Guru tetapi teguh beliau merahsiakan suaminya . Sehingga Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim pun tidak mengetahui siapakah suaminya dan Tuan Guru tidak pula mahu mencampuri urusan keluarganya . Sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar agar bersabar dan tenang menghadapi ujian berat yang menimpa dirinya .
7. Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu : " Ustaz , Rohaizat (calon BN) itulah suami saya ! " pastinya Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim terkejut besar dengan pengakuan itu . Saya segera bertemu kedua - dua ibubapa Puan Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu .
8. Malah setiap kali mendengar rintihan dan keluhan derita dari Puan Rafizah , lebih banyak esak tangis berbanding kata - kata yang cukup menggambarkan derita dan sengsara hati seorang perempuan muslimah yang digantung tidak bertali malah diperlaku tidak ubah seperti perempuan simpanan (maaf ) meskipun ia adalah seorang isteri yang dikahwini secara sah .
9. Tiada siapa yang dapat memahami jiwa Puan Rafizah selama ini termasuk suaminya yang tidak bertanggungjawab . Batinnya menjerit menyatakan kesengsaraan hidupnya yang pernah dibiarkan tanpa sebarang berita dan khabar , jauh sekali dititip nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut - turut . (Menurut pengakuan ibunya , dengan genangan air mata seorang ibu yang lemah tidak berdaya untuk berdepan pula dengan seorang politikus yang gagah meredah medan politiknya)
10. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini , ibunya berkata : anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isteri dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami .
11. Bukanlah salah beristeri dua . Islam tidak melarang muslim beristeri dua . Apa yang saya dedahkan disini bukan isu Rohaizat beristeri dua . Beristeri dua bukan isunya di sini . Tetapi isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan pengainayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki (bergelar suami) yang sepatutnya memberikan keadilan , kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah . Inilah perlakuan yang ditegah dan diharamkan oleh Allah swt.
12. Saya tidak berhasrat mahu meruntuhkan rumahtangganya malah berusaha mahu menyelamatkannya . Apa yang dikehendaki oleh Puan Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri bukan lagi digantung tidak bertali . Datang dan pergi seperti mengunjungi rumah di lorong maksiat . Jangan perlakukan Puan Rafizah sedemikian rupa . Saya membawa suara derita Puan Rafizah .
13. Malangnya sebelum ini , Rohaizat berkali - kali menafikan Puan Rafizah sebagai isterinya . Puan Rafizah berkata : kalau Rohaizat tidak akui dirinya sebagai isteri yang sah , maka selama ini dirinya sebagai apa ? akhirnya deraian air mata yang cukup memilukan hati kami membatasi kata - katanya .
14. Menurut pengakuan Puan Rafizah , betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu . Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman - teman rapat yang mengetahui kedudukannya. Selain dari cengkaman perasaan yang terpaksa ditanggung , Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara - gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .
15. Wahai insan yang Islam agamanya ! Wahai Insan yang memiliki Iman ! Wahai insan yang bergelar wanita ! Bukankah seorang perempuan itu dikahwini untuk memupuk kasih sayang , berada di sisi suami ( jika berpoligami - berlaku adil dalam giliran ) , dibelai , dipimpin dan dibimbing dengan penuh sakinah , mawaddah dan rahmah .
16. Wanita juga apabila berumahtangga , ingin sekali menimang cahayamata tetapi malang segala - galanya tidak dimiliki oleh Puan Rafizah . Beliau benar - benar hanya isteri simpanan . Hatinya derita melihat kebahagiaan orang lain disamping suami masing - masing jua bersama anak - anak menceriakan rumahtangga.
17. Dulunya , Puan Rafizah yang pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain . Malang panas tidak sampai ke petang . Beliau dianiaya oleh suaminya sendiri yang tidak mahu pula mengakui beliau sebagai isteri yang sah kepada umum sehingga memaksa beliau menjalani kehidupan dengan murung , resah , rasa bersalah , kecewa dan derita .
18. Ke mana pergi pejuang wanita ? kemana perginya pejuang hak asasi ? saya yakin , bukan seorang Rafizah di luar sana . Mungkin ribuan lagi mangsa seperti Puan Rafizah . Mana perginya Sharizat Jalil yang kononnya beliau adalah serikandi membela hak wanita dari menjadi mangsa penderaan lelaki ? Apakah kerana ia isteri calon BN di N. 11 Permatang Pasir maka semuanya membutakan mata ? membiarkan Puan Rafizah menderita ?
19. Mana insan bergelar muslimah ? kalian nak biarkan Puan Rafizah terus derita ? Ya ! sementara kalian tidak merasai deritanya . Mana insan yang mewarisi ketaqwaan Fatimah ? tergamak kalian biarkan Puan Rafizah terus terbelenggu hidupnya semata - mata kerana nafsu dan kepentingan politik kalian ? mana semuanya ? Takut nak bercakap perkara ini ? bimbang mengganggu keputusan pilihanraya ?
20. Saya teringat kisah seorang wanita muslimah yang diinaya lalu berteriak memanggil nama sultan Mu'tasim yang memerintah pada waktu itu . Waa Mu'tasimaaah ! (wahai Sultan Mu'tasim ... bantulah aku). Lalu rintihan derita itu disampaikan kepada sultan Mu'tasim lalu Mu'tasim bangun dari singgahsana lalu berkata : Labbaiki Yaa Ummaaaah ! (Aku sahut seruanmu wahai Ibu !) lalu beliau mengerahkan bala tenteranya untuk membela wanita muslimah yang dianiaya .
21. Apakah hari ini telah tiada Mu'tasim ? maka Puan Rafizah di zalimi dan didera perasaannya . Malang ! sabar sajalah Puan Rafizah . Nasiblah dirimu hidup dizaman ramai manusia pengecut ! Tidak berani berkata benar !
22. Demi Allah ! jangan biarkan penginayaan ini berterusan . langkah pertama saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri . Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang . Berlaku adillah terhadap kedua - dua isteri kamu . Berikan hak mereka dan berikan kasih sayang kepada mereka . Biarpun mereka bergelar wanita , mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan pembelaan khasnya dari orang yang bergelar suami .
23. Saya dedahkan perkara ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh siapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebagaimana isteri - isteri yang lain . Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain tetapi gagal .
24. Ertinya masih terbuka luas untuk Rohaizat selamatkan rumahtangganya tetapi dengan syarat Rohaizat runtuhkan tembok keegoannya sebagai lelaki lalu segara kembali kepangkuan isteri dengan penuh insaf . Sempena bulan Ramadhan al Mubarak , Saya doakan rumahtangga kalian bahagian dan harmoni . Saya gembira jika rumahtangga Rohaizat dapat diselamatkan . Buat Puan Rafizah , sekadar itulah usaha dan pendedahan yang tergamak saya lakukan walau hanya menyebut 10% dari kisah penderitaan yang ditanggung olehmu . Maaf saya tidak tergamak hendak menyebut lebih dari itu . Selebihnya Puan Rafizah sendiri mesti ada kekuatan menghadapi situasi ini .
25. Jika Rohaizat masih enggan mengakui Puan Rafizah sebagai isteri yang sah dan masih meninggalkannya kesepian tanpa belaian kasih sayang dan giliran hak secara adil , maka demi Allah ! saya bersumpah dengan nama Allah yang maha suci bahawa Rohaizat tidak layak menjadi pemimpin . Tidak layak memegang amanah rakyat .
Saya cabar Wanita UMNO bangkit
membela wanita teraniaya ini !
Ayuh bangkit Sharizat !
Kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan (tahan tanpa bicara) seorang insan tanpa bukti yang kita tentang ramai - ramai hari tu . Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang . Apakah kezaliman ke atas wanita perlu disembunyikan dari pengetahuan umum agar dia terus derita sedang dia meronta minta dikasihani ?
Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi
Selanjutnya...
Ringkasan...
Posted by CCEO PulakDah at
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
follow on fb
share
Blog Pemimpin PS/PR
BLOGGER PERAK
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat - Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang di ada...
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...
-
Gendang dah berbunyi - SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14 iaitu pada 9 Mei nanti. Gegak gempita alam maya apabila tarikh yang diumum SP...
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...
-
Sidang Media Iftar Jamai'e PAS Perak - Sesi penerangan Dan soal-jawab bersama media Dan Blogger PAS Perak, berlangsung Bermula jam 5:30 petang di restoran Hadromout Paradise, Ipoh, Perak. Me...
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar - Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam bertempat d...
-
Jom kita lihat isu ni pulak - - Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat membantu ...
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib? - EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Ser...
-
Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah - Semoga puak-puak yang suka menghentam,memfitnah dan mahu menjatuhkan Ulama dalam kepimpinan PAS sedar diri.... Ingatlah....Jebon PASMA itu tetap jebon....
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI - Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz teru...
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG - Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara ...
-
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!! - Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang nak hentam aku......
-
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua - Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden ...
-
Derita Budya Darat - [image: MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.] MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook. [image: BU...
BLOG BLOG PANAS
BLOG PIMPINAN PAS/PR
BLOG PAS/KWSN/CWG
BLOG MUSLIMAT
-
Penyebab Sindrom Baby Blues dan Cara Mengatasinya - Bagi banyak ibu baru, kelahiran buah hati merupakan momen yang sangat membahagiakan dan ditunggu tunggu. Namun, tidak sedikit juga yang justru merasakan ...
-
Berkongsi rezeki - Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Masih dalam misi ingin menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat badan idaman. ...
-
jangan buat hati mak bapak cuak..! - Geram..? Gelisah..? Galau..? Cuak..? Bimbang..? mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa pantauan..? mengapa kita masih ambil ...
-
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...
-
-
MH370 : AKU TAK SURUH HANGPA PERCAYA TAPI BERFIKIRLAH DENGAN AKAL YANG WARAS - (gambar hiasan) Allah SWT Berfirman: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١) Dan katakanlah: "Yang benar telah datan...
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....
-
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013 - Peribadi Pejuang Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
-
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS - *Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga mendap...
-
Blog Masjid
Blogroll
Archives
-
►
2014
(27)
- ► 08/24 - 08/31 (3)
- ► 06/08 - 06/15 (5)
- ► 04/06 - 04/13 (2)
- ► 01/19 - 01/26 (1)
- ► 01/12 - 01/19 (7)
- ► 01/05 - 01/12 (9)
-
►
2013
(237)
- ► 12/29 - 01/05 (22)
- ► 12/22 - 12/29 (6)
- ► 12/15 - 12/22 (2)
- ► 12/08 - 12/15 (5)
- ► 12/01 - 12/08 (3)
- ► 11/24 - 12/01 (1)
- ► 11/10 - 11/17 (1)
- ► 11/03 - 11/10 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (3)
- ► 10/13 - 10/20 (2)
- ► 10/06 - 10/13 (1)
- ► 09/29 - 10/06 (2)
- ► 09/22 - 09/29 (4)
- ► 09/08 - 09/15 (1)
- ► 09/01 - 09/08 (1)
- ► 08/25 - 09/01 (1)
- ► 08/18 - 08/25 (1)
- ► 08/11 - 08/18 (4)
- ► 08/04 - 08/11 (3)
- ► 07/28 - 08/04 (3)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (3)
- ► 07/07 - 07/14 (1)
- ► 06/30 - 07/07 (7)
- ► 06/23 - 06/30 (2)
- ► 06/16 - 06/23 (1)
- ► 06/09 - 06/16 (2)
- ► 06/02 - 06/09 (5)
- ► 05/26 - 06/02 (5)
- ► 05/19 - 05/26 (2)
- ► 05/12 - 05/19 (4)
- ► 05/05 - 05/12 (3)
- ► 04/28 - 05/05 (13)
- ► 04/21 - 04/28 (4)
- ► 04/14 - 04/21 (10)
- ► 04/07 - 04/14 (10)
- ► 03/31 - 04/07 (9)
- ► 03/24 - 03/31 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (5)
- ► 03/10 - 03/17 (9)
- ► 03/03 - 03/10 (4)
- ► 02/24 - 03/03 (5)
- ► 02/17 - 02/24 (6)
- ► 02/10 - 02/17 (12)
- ► 02/03 - 02/10 (4)
- ► 01/27 - 02/03 (8)
- ► 01/20 - 01/27 (9)
- ► 01/13 - 01/20 (7)
- ► 01/06 - 01/13 (7)
-
►
2012
(609)
- ► 12/30 - 01/06 (6)
- ► 12/23 - 12/30 (3)
- ► 12/16 - 12/23 (6)
- ► 12/09 - 12/16 (5)
- ► 12/02 - 12/09 (4)
- ► 11/25 - 12/02 (17)
- ► 11/18 - 11/25 (14)
- ► 11/11 - 11/18 (9)
- ► 11/04 - 11/11 (9)
- ► 10/28 - 11/04 (5)
- ► 10/21 - 10/28 (26)
- ► 10/14 - 10/21 (15)
- ► 10/07 - 10/14 (31)
- ► 09/30 - 10/07 (19)
- ► 09/23 - 09/30 (6)
- ► 09/16 - 09/23 (9)
- ► 09/09 - 09/16 (13)
- ► 09/02 - 09/09 (5)
- ► 08/26 - 09/02 (8)
- ► 08/19 - 08/26 (10)
- ► 08/12 - 08/19 (9)
- ► 08/05 - 08/12 (11)
- ► 07/29 - 08/05 (8)
- ► 07/22 - 07/29 (8)
- ► 07/15 - 07/22 (6)
- ► 07/08 - 07/15 (14)
- ► 07/01 - 07/08 (25)
- ► 06/24 - 07/01 (10)
- ► 06/17 - 06/24 (9)
- ► 06/10 - 06/17 (4)
- ► 06/03 - 06/10 (13)
- ► 05/27 - 06/03 (15)
- ► 05/20 - 05/27 (13)
- ► 05/13 - 05/20 (15)
- ► 05/06 - 05/13 (10)
- ► 04/29 - 05/06 (10)
- ► 04/22 - 04/29 (14)
- ► 04/15 - 04/22 (11)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 04/01 - 04/08 (10)
- ► 03/25 - 04/01 (12)
- ► 03/18 - 03/25 (4)
- ► 03/11 - 03/18 (15)
- ► 03/04 - 03/11 (23)
- ► 02/26 - 03/04 (12)
- ► 02/19 - 02/26 (7)
- ► 02/12 - 02/19 (12)
- ► 02/05 - 02/12 (14)
- ► 01/29 - 02/05 (11)
- ► 01/22 - 01/29 (10)
- ► 01/15 - 01/22 (14)
- ► 01/08 - 01/15 (18)
- ► 01/01 - 01/08 (16)
-
►
2011
(883)
- ► 12/25 - 01/01 (10)
- ► 12/18 - 12/25 (20)
- ► 12/11 - 12/18 (16)
- ► 12/04 - 12/11 (12)
- ► 11/27 - 12/04 (23)
- ► 11/20 - 11/27 (25)
- ► 11/13 - 11/20 (18)
- ► 11/06 - 11/13 (21)
- ► 10/30 - 11/06 (22)
- ► 10/23 - 10/30 (17)
- ► 10/16 - 10/23 (15)
- ► 10/09 - 10/16 (22)
- ► 10/02 - 10/09 (12)
- ► 09/25 - 10/02 (15)
- ► 09/18 - 09/25 (13)
- ► 09/11 - 09/18 (13)
- ► 09/04 - 09/11 (25)
- ► 08/28 - 09/04 (20)
- ► 08/21 - 08/28 (18)
- ► 08/14 - 08/21 (37)
- ► 08/07 - 08/14 (27)
- ► 07/31 - 08/07 (23)
- ► 07/24 - 07/31 (27)
- ► 07/17 - 07/24 (48)
- ► 07/10 - 07/17 (36)
- ► 07/03 - 07/10 (25)
- ► 06/26 - 07/03 (20)
- ► 06/19 - 06/26 (17)
- ► 06/12 - 06/19 (9)
- ► 06/05 - 06/12 (11)
- ► 05/29 - 06/05 (4)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
- ► 05/15 - 05/22 (8)
- ► 05/08 - 05/15 (10)
- ► 05/01 - 05/08 (4)
- ► 04/24 - 05/01 (6)
- ► 04/17 - 04/24 (8)
- ► 04/10 - 04/17 (5)
- ► 04/03 - 04/10 (12)
- ► 03/27 - 04/03 (16)
- ► 03/20 - 03/27 (16)
- ► 03/13 - 03/20 (31)
- ► 03/06 - 03/13 (12)
- ► 02/27 - 03/06 (9)
- ► 02/20 - 02/27 (12)
- ► 02/13 - 02/20 (15)
- ► 02/06 - 02/13 (13)
- ► 01/30 - 02/06 (23)
- ► 01/23 - 01/30 (16)
- ► 01/16 - 01/23 (15)
- ► 01/09 - 01/16 (15)
- ► 01/02 - 01/09 (12)
-
►
2010
(1113)
- ► 12/26 - 01/02 (20)
- ► 12/19 - 12/26 (18)
- ► 12/12 - 12/19 (14)
- ► 12/05 - 12/12 (11)
- ► 11/28 - 12/05 (10)
- ► 11/21 - 11/28 (8)
- ► 11/14 - 11/21 (10)
- ► 11/07 - 11/14 (6)
- ► 10/31 - 11/07 (16)
- ► 10/24 - 10/31 (12)
- ► 10/17 - 10/24 (19)
- ► 10/10 - 10/17 (16)
- ► 10/03 - 10/10 (19)
- ► 09/26 - 10/03 (20)
- ► 09/19 - 09/26 (10)
- ► 09/12 - 09/19 (26)
- ► 09/05 - 09/12 (23)
- ► 08/29 - 09/05 (22)
- ► 08/22 - 08/29 (38)
- ► 08/15 - 08/22 (12)
- ► 08/08 - 08/15 (5)
- ► 08/01 - 08/08 (18)
- ► 07/25 - 08/01 (15)
- ► 07/18 - 07/25 (18)
- ► 07/11 - 07/18 (18)
- ► 07/04 - 07/11 (16)
- ► 06/27 - 07/04 (18)
- ► 06/20 - 06/27 (17)
- ► 06/13 - 06/20 (22)
- ► 06/06 - 06/13 (43)
- ► 05/30 - 06/06 (53)
- ► 05/23 - 05/30 (29)
- ► 05/16 - 05/23 (28)
- ► 05/09 - 05/16 (63)
- ► 05/02 - 05/09 (41)
- ► 04/25 - 05/02 (48)
- ► 04/18 - 04/25 (39)
- ► 04/11 - 04/18 (28)
- ► 04/04 - 04/11 (27)
- ► 03/28 - 04/04 (19)
- ► 03/21 - 03/28 (10)
- ► 03/14 - 03/21 (18)
- ► 03/07 - 03/14 (23)
- ► 02/28 - 03/07 (23)
- ► 02/21 - 02/28 (20)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (19)
- ► 01/31 - 02/07 (21)
- ► 01/24 - 01/31 (14)
- ► 01/17 - 01/24 (11)
- ► 01/10 - 01/17 (12)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
▼
2009
(451)
- ► 12/27 - 01/03 (14)
- ► 12/20 - 12/27 (14)
- ► 12/13 - 12/20 (14)
- ► 12/06 - 12/13 (11)
- ► 11/29 - 12/06 (20)
- ► 11/22 - 11/29 (18)
- ► 11/15 - 11/22 (17)
- ► 11/08 - 11/15 (11)
- ► 11/01 - 11/08 (13)
- ► 10/25 - 11/01 (18)
- ► 10/18 - 10/25 (17)
- ► 10/11 - 10/18 (12)
- ► 10/04 - 10/11 (16)
- ► 09/27 - 10/04 (22)
- ► 09/20 - 09/27 (9)
- ► 09/13 - 09/20 (16)
- ► 09/06 - 09/13 (14)
- ► 08/30 - 09/06 (12)
- ► 08/23 - 08/30 (19)
-
▼
08/16 - 08/23
(27)
- Dr M tidak pasti adakah calon BN layak
- 17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin
- Saya membawa suara derita Puan Rafizah - Nasrudin ...
- Rais tidak tahu apa itu email?
- H1N1 : Thailand FREE, UK FREE, Malaysia RM80 sekotak?
- PMTG PASIR MACAM DAH NAK BERPERANG
- BEKAS SU BN PULAU PINANG YG PECAT ROHAIZAD DARI MA...
- BANYAK BANGKU PADA ORANG(CERAMAH KHAIRY DI PMTG P...
- RAMADHAN AL-MUBARAK
- Wang palsu RM100 untuk undi BN
- 2 PERMATANG 2 KALI SUMPAH PERMATANG PAUH SUMPAH PE...
- TERKINI LIVE DARI YAYASAN AMAN (SIDANG AKHBAR YUSRI)
- HANTU PUN DAH SOKONG PAS UMNO MACAM MANA
- PULAK DAH - TPM harapkan SPR timbangkan keadaan ADUN
- TERKINI LAGI SEORANG VETERAN UMNO SEDIH TENTANG C...
- Terkini Ekstremkah Nik Aziz?
- UMNO KATA DIA PEGUAM SYARIE.ROHAIZAT AKUI DIA AHL...
- SIAPA BOHONG MAJLIS PEGUAM ATAU UMNO
- Che'Det : BN Pilih Calon Kantoi
- VIDEO OF THE DAY(PUTERI UMNO SESAT)
- Tiada apa yang istimewa tazkirah Zambry
- kempem RM 1.00 tabung blogger PAS Perak
- WELCOM TO PAKATAN RAAYAT(Datuk Alimudin Syawal ser...
- TASKIRAH MAKNA BULAN PULA KALI INI
- PICTURE OF THE DAY(HANTU)Pemuda Umno dakwa ada pen...
- GAMBAR PERKAHWINAN AKHIL DENGAN WAHIDA
- SIAPA KHAIRI. AJAK ANGGOTA PAS TEGUR PUCUK PIMPINA...
- ► 08/09 - 08/16 (21)
- ► 08/02 - 08/09 (22)
- ► 07/26 - 08/02 (23)
- ► 07/19 - 07/26 (16)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 07/05 - 07/12 (17)
- ► 06/28 - 07/05 (9)
- ► 06/21 - 06/28 (11)
- ► 06/14 - 06/21 (3)
1 comment:
ini fitnah dibulan ramadan...utuk menarik undi simpati...emmm dah tak ada modal org pas ni...kalau betul kasi keluar itu bini no2 dia lah.jangan ckp jer ar.ckp mulut tak main ar sekrg...tu zaman dulu pas nak racun kepala pegundi.jangan sembang kencang ar bodoh.kasi tunjuk bukti baru org percaya.
Post a Comment