Tuesday, August 18, 2009

Tiada apa yang istimewa tazkirah Zambry



Maaf, gambar gelap kerana subjeknya memang gelap. Faham ke tak ni? Tak faham sudah...


Tazkirah yang disampaikan Zambry di Masjid Ibnu Sina, Pengkalan Pegoh, Ipoh malam ini tiada apa yang menarik dan istimewanya.

Program Ceramah Agama sempena Ramadhan anjuran Umno ini membawakan Ust Haris Fadilah sebagai penceramah utama manakala Zambry dijemput memberikan sepatah dua kata (menurut kata pengerusi majlis) sebelum ceramah bermula.


Dengan tasbih ditangan, Zambry hanya mengulas tentang kelebihan Ramadhan antaranya diturunkan 4 kitab kepada para Nabi, bulan mensucikan diri dan juga pengalaman kawan doktor benggalinya berpuasa.

Berulang kali dia bertanyakan kepada Ust Haris samada yang disampaikannya itu betul atau tidak. Tiada hebatnya jika dibandingkan dengan tazkirah MB Perak yang sah (baca: Nizar).

Kehadiran ramai daripada luar kariah masjid dengan berbaju melayu dan bersampin menampakkan seolah-olah program tersebut berjaya.

Agak sedih juga apabila program yang ingin menyeru kepada menyembah Allah tetapi polis yang ramai berkawal keliling masjid hanya berdiri kosong apabila jemaah menunaikan solat Maghrib.
Mereka berkawal daripada apa? Bala?

Wallahu aklam
Posted by Azizul Nizam

Sumber Azizul Nizam

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak