Saturday, July 17, 2010

Mufti Wilayah pertahan fatwa haram ESQ




Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.

Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan respons orang ramai berhubung penwartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lepas, beliau berkata ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.

Katanya, pengeluaran fatwa itu dibuat melalui proses ijtihad Mufti dan hukumnya wajib bagi seseorang Mufti berpegang dengan pendapatnya seperti yang disepakati kalangan ulama.

Fatwa itu, katanya, dikeluarkan mengikut kuasa Mufti yang diperuntukkan dalam Perkara 33 Akta 505, dan tiada peruntukan dalam akta itu bahawa Mufti perlu menunggu keputusan daripada mana-mana pihak.

Menyentuh tentang penyelarasan fatwa tersebut dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Wan Zahidi berkata banyak keputusan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tidak diselaraskan di peringkat negeri walaupun keputusan dibuat secara konsensus.

Beliau juga berkata fatwa itu adalah berdasarkan fakta-fakta daripada empat hasil kajian termasuk oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dimulakan pada ogos 2008 dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Katanya, huraian lanjut berhubung dengan 10 perkara yang boleh merosakkan akidah dalam modul kursus motivasi ESQ akan dibuat melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

--Bernama

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak