Thursday, April 18, 2013

WOWO PANAS DAP PERTIMBANG GUNA LOGO PAS PRU 13


DAP timbang guna PAS di Semenanjung, PKR di Sabah Sarawak

Hazayani Zakaria,18 Apr 2013
(Pemimpin PAS dan PKR bersama dalam sidang media DAP petang ini)


KUALA LUMPUR: DAP hari ini mendakwa, Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertujuan menyusahkan parti itu apabila memutuskan barisan kepimpinannya tidak sah 48 jam sebelum hari penamaan calon.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya berkata, surat yang diberikan kepada beliau dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke pada tarikh yang sama juga berbeza.

Dalam surat kepada Guan Eng, ROS menyatakan wujud pertikaian berhubung pemegang jawatan dalam parti itu namun surat kepada Anthony menyatakan siasatan dakwaan itu ditangguhkan ke tarikh 9 Mei.

Guan Eng mempertikai tindakan ROS yang mengeluarkan surat tersebut sebelum siasatan selesai dilakukan.

Guan Eng berkata demikian dalam sidang mediannya hari ini selepas menerima surat dari ROS petang semalam.

Turut serta dalam sidang media ini adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"Tujuan utama mereka tak iktiraf pimpinan DAP kerana nak nafikan hak kami untuk bertanding menggunakan lambang sendiri," kata Guan Eng.

Sehubungan itu, DAP akan bermesyuarat malam ini untuk menimbangkan keputusan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak.

Baca lagi: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18417-dap-timbang-guna-pas-di-semenanjung-pkr-di-sabah-sarawak-

1 comment:

Anonymous said...

LAMBANG TAK JADI MASALAH. RAKYAT AKAN PANGKAH ABCD. ASALKAN BUKAN DACING.

UNTUK LANGKAH SELAMAT. BUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD GUNAKAN LAMBANG PAS DAN PKR. IN SYA ALLAH, DAP AKAN MENANG BESAR.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak