14 April 2013
KOTA BHARU - Pas Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno yang ada kini berkelayakan memimpin negeri itu, apa lagi mahu menggantikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.
Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan agama yang luas.

"Kalau kita mahu perkasakan Islam, kena faham Islam, kalau nak jadi imam pun orang tak harap, macam mana mahu perkasakan Islam," kata beliau semasa ceramah Himpunan Kelantanku Hijau di hadapan hampir 10,000 penyokong Pas di Padang Perdana, di sini.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub; Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli.
Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas manifesto Umno Kelantan yang dilancarkan pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu menjadikan Islam sebagai tunjang utama dalam pentadbiran negeri sekiranya berjaya memerintah Kelantan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan ke Kelantan bulan lalu mengumumkan pembinaan masjid terbesar di Kelantan antara janji yang ingin dilaksanakan di negeri ini.
Sambil menyatakan apa yang dilakukan Umno Kelantan kini masih ‘jauh’ dari sasaran, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tidak ada pemimpin dari parti lawan mampu setanding dengan kepimpinan yang ada dalam Pas .
"Nak perkasa Islam macam mana, pemimpin Umno di Kelantan ni maaf cakap lah, seorang pun tidak layak, bukan kata tak pandai solat, tapi ilmu tak setaraf, kalau nak, biarlah ianya setaraf dengan ilmu tok guru Nik Aziz," katanya.
Mohd Amar berkata, perkara itu sangat penting untuk memastikan ilmu dan pendidikan Islam yang dipimpin Pas di Kelantan selama ini terjamin dan akan diteruskan di masa hadapan.

No comments:
Post a Comment