Tuesday, March 26, 2013

Kih kih Bubar aje kan senang?. Nazri minta pejabat peguam negara tentukan garis panduan kerajaan sementara


KUALA LUMPUR, 26 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara. 

"Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta AG's Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian pembaharuan antara kerajaan Malaysia dengan Asian-African Legal Consultative Organisation (AALCO) di sini hari ini. 

Mohamed Nazri (gambar) diminta mengulas mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang akan terbubar secara automatik pada 28 Mac iaitu Khamis ini dan bukannya hari ini seperti dilaporkan sebelum ini. 

"Saya tidak nampak apa-apa masalah kerana kita ada 60 hari selepas DUN dibubarkan dan saya fikir sebaik Parlimen dibubarkan kita akan tetapkan tarikh (pilihan raya). 

"SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mahukan supaya semua pilihan raya itu diadakan pada satu hari (serentak), itu adalah hak SPR untuk menentukan," katanya. 

Mohamed Nazri berkata sesebuah kerajaan sementara hanya boleh meneruskan segala komitmen yang telah dibuat sebelum DUN dibubarkan dan tidak boleh membuat komitmen baharu. "Antara tarikh pembubaran dan pembentukan kerajaan baharu, kerajaan sementara hanya boleh mentadbir, tetapi anda tidak boleh membuat sebarang pengumuman atau komitmen baharu," katanya. — Bernama

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nazri-minta-pejabat-peguam-negara-tentukan-garis-panduan-kerajaan-sementara/

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak