Monday, March 25, 2013

Permit teksi individu: PM letak syarat merapu umpan pemandu


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 25 MAC: Pemberian lesen individu dengan pelbagai syarat kepada pemandu teksi bukti Perdana Menteri tidak ikhlas, bertujuan untuk mengumpan golongan itu menjelang pilihan raya, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Dalam majlis Pemberian Lesen Teksi Individu di Putrajaya semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora.
Kata Najib, semua pemandu teksi yang menerima lesen tersebut wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.
Rafizi PJ PC“Ini tandanya Najib tak ikhlas. Pemandu dipaksa beli kereta yang ditetapkan. Sepatutnya mereka diberi kebebasan untuk menggunakan apa saja kereta yang mereka mampu asalkan mematuhi peraturan,” kata Rafizi mengulas pengumuman tersebut.
Menurutnya, paksaan itu juga menyebabkan pemandu teksi menanggung hutang pinjaman kereta yang tinggi.
“Jika mereka (pemandu teksi) guna Proton Saga dalam lingkungan RM30,000, mereka masih mampu. Dengan rebat RM5,000, ia masih dua kali ganda lebih tinggi dan membebankan,” katanya ketika dihubungi.
Jelas Rafizi, pemberian lesen itu menjelaskan betapa usaha kerajaan yang sekadar mengumpan golongan pemandu teksi dan tidak serius menjadikan program itu sebagai dasar tetap kerajaan.
“Bukan saja letak syarat merapu, malah Najib cuba berbai’ah pula dengan pemandu teksi, lepas terima lesen mesti undi BN, jelas di situ ia hanya umpan, tidak ada kepastian dari kerajaan bahawa pemberian itu akan menjadi dasar tetap,” sinis Rafizi.
Beliau merujuk ucapan Najib yang berkata, pemandu teksi yang menerima geran itu perlu memberikan bai’ah kepada kerajaan untuk menjadi pemandu teksi yang bersopan, amanah dan “jangan lupa budi kerajaan bila sampai masanya”.
“Sebab itu geran diberi sedikit demi sedikit, tidak kepada semua kerana ia hanya gula-gula untuk menenangkan kemarahan pemandu teksi yang terabai selama ini,” kata Rafizi. – NS
http://www.keadilandaily.com/permit-teksi-individu-pm-letak-syarat-merapu-untuk-umpan-pemandu/

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak