Thursday, March 28, 2013

Tiada tanah dirampas, sebaliknya geran diberi


RANTAU PANJANG: Ketika Umno sibuk mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat, sebaliknya apa yang berlaku semakin ramai penduduk diberi geran hak milik.

Semalam seramai 123 peneroka Felcra Gual Dalam menerima geran tanah seluas 3.5 ekar setiap seorang disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. (Gambar atas)

Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang berkata, geran tanah tersebut meliputi kebun kelapa sawit seluas 430.5 ekar kini menjadi milik sah peneroka.

Katanya, kerajaan negeri memastikan usaha peneroka sejak sekian lama membangunkan tanah dengan aktiviti pertanian diberi hak sewajarnya.

“Kesungguhan mereka membangunkan kawasan hutan sehingga menjadi ladang kelapa sawit berbaloi sekarang kerana mendapat geran hak milik kebun secara sah.

“Sedangkan sebelum ini media milik Umno mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat. Itu tidak betul sama sekali. Kita boleh lihat apa yang berlaku hari ini,” katanya pada majlis berkenaan.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Meranti, Datuk Nasuruddin Daud dan Ketua jajahan Pasir Mas, Ghazali Mohamad.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis itu berkata, sejak 1990 PAS mentadbir Kelantan mengikut peraturan Islam dan ia diterima majoriti rakyat.

Katanya, Nabi dan Rasul datang bersilih berganti membawa ajaran Allah SWT bagi membolehkan manusia hidup dengan aman tenteram.

“Ini secara jelas menggambarkan agama dan politik tidak boleh dipisahkan sama sekali dalam kehidupan manusia,” katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri sentiasa memandang berat masalah rakyat terutamanya bagi menyelesaikan berkaitan pemilikan tanah, asalkan mereka mengikut peraturan ditetapkan.

Sementara itu di majlis lain Menteri Besar menyampaikan bantuan sosioekonomi kepada 200 penduduk termasuk masyarakat Siam di pejabat Dun Gual Periok, Banggol Kulim dekat sini.

Pada kunjungan berkenaan beliau juga merasmikan Markas Peti Undi Banggol Kulim, Dun tersebut

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17753-tiada-tanah-dirampas-sebaliknya-geran-diberi

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak