Friday, April 12, 2013

Ewah.. Ini Fatwa ke apa ini?..Melayu Muslim wajib undi BN, kata Hasan Ali

Menurutnya, Jati tidak menaruh walau sebutir keyakinan kepada Pakatan Rakyat (PR) dan ketiga-tiga parti komponennya untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja.



Hasan Ali
Hasan
KUALA LUMPUR – Jalur Tiga (Jati) menyeru rakyat khususnya Melayu beragama Islam memberikan undi mereka kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, "kami ilmuan dan agamawan yang bergerak di dalam Jati sebulat suara memutuskan dan bersependapat bahawa mengundi dan memilih Umno dan BN di dalam PRU13 ini adalah wajib bagi umat Islam."

“Saya ingin bertanya kepada semua, apakah kita boleh meletakkan tanggungjawab mengagungkan Islam kepada DAP yang jelas inginkan negara sekular? Adakah kita dapat mengharapkan perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud yang telah diperjuangkan sejak 60 tahun lalu oleh Pas akan terus disambung oleh pemimpin yang dilihat mabuk untuk ke Putrajaya?

“Dan adakah kita yakin akan terbentuknya negara bermoral dan rakyat bersahsiah dengan negara yang di nakhodakan oleh pemimpin yang sedang bergelut dengan permasalahan moral yang berterusan dan serius?

“Dengan meletakkan masa depan umat Islam sebagai penunjuk arah dan melihat parahnya keruntuhan ilmu dan amalan Islami di kalangan anggota masyarakat, Jati memutuskan bahawa menjadi kewajipan kepada para pengundi Melayu Muslim untuk memilih dan mengundi BN dalam PRU13 nanti,” katanya semasa siding media di kediamannya, hari ini.

Menurutnya, Jati tidak menaruh walau sebutir keyakinan kepada Pakatan Rakyat (PR) dan ketiga-tiga parti komponennya untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja.
Artikel Berkaitan

2 comments:

kampong lad said...

'DAP yang jelas inginkan negara sekular?'

m'sia memang negara sekular.

"kami ilmuan dan agamawan..sependapat bahawa mengundi dan memilih Umno dan BN di dalam PRU13 ini adalah wajib bagi umat Islam".

itu cuma pendapat & semua orang ada pendapat serupa juga dgn lubang juboq, semua orang ada. tentang ilmuan & agamawan, sendiri lantik ka?

Anonymous said...

Hahahaha...
Fatwa amender..mana dalilnya nk dijadikan sandaran ijtihad?
Sejak bila pulak Jati ni dipenuhi dgn ulama2 Mujtahid yg mampu merangka Hukum-Hakam dlm agama..
Pergilah JATI keluar mencari org2 bodoh utk kamu menunjuk pandai,lalu x usah la memandai-mandai di depan Gua dan rakan2 Gua..
Org kenal Lu siapa dan org tau akan sifat perkataan2 yg keluar dari mulut Lu org..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak