Tuesday, October 23, 2012

Serangan: Jaga etika dan ingat Operasi Lalang



semua tentang operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno. “Namun yang ditahan 

ialah pimpinan PAS dan DAP,” katanya.




KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan semua pimpinan dan ahlinya untuk menjaga etika ketika menghadapi serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang serentak dan juga perangkap operasi Lalang pada 1987 di mana yang ditangkap ialah pimpinan PAS dan DAP.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan berkata semua ahli perlu menjaga etika ketika membalas serangan dan jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

“PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif,” nasihat beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tujuan serangan adalah dengan harapan PAS “memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.”

“Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi,” kata beliau.

Tuan Ibrahim berkata kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.

“MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam,” tegas beliau.

Beliau juga mengingatkan bahawa Islam mengajar agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung dengan memetika Firman Allah berbunyi, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.”

Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa serangan-serangan Umno-MCA-Perkasa mesti dibalas dengan hujah, berhemah dan tertib. Dan dengan itu tersendiri, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.

“Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk  beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah. Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno.

“Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP,” katanya.


Serangan: Jaga etika dan ingat Operasi Lalang

1 comment:

XUMNO said...

Satu peringatan yang penting dan wajar diikuti oleh semua pemimpin dan penyokong Pakatan. UMNO-BN sudah terlalu terdesak sekarang ni kerana sedar yang kuasa mereka akan hilang tak lama lagi. Mereka memang mengarapkan agar berlaku kekecohan atau tindakbalas emosi berelebihan dari pihak Pakatan untuk digunakan sebagai alasan memanjangkan kuasa mereka melalui pengisytiran darurat seperti tahun 1987 dulu. Jangan kita terperangkap dengan jerat mereka. Play cool dan biarkan mereka terpekik terlolong macam orang gila.Kata orang, anjing menyalak tak akan menggigit. Makin banyak mereka memaki hamun kita makin menyerlah tabiat buruk mereka dan insyaAllah makin ramai ahli2 mereka lari dan menyokong kita.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak